Ahad, 29 Disember 2013

Seni mengajar anak

Sebelum ada anak memang nak sangat lah ader anak
seronok kot NAMPAK orang ader anak
yer lah yang kat luar nampak best
tapi yang terselindung kat belakang kita pun tak tahu
aku pun tak tahu sebelum aku dapat anak..

tak bukan aku mengeluh pasal dapat anak
Dia pun penah cakap benda ni bukan boleh di patah patah balik
cuma tipu lah kalau aku cakap aku tak penat
tipu cakap kalau kekadang aku tak tension
tipu cakap kalau aku tak mengeluh
tapi satu yang aku pasti
Hati aku selalu penuh dengan kasih sayang ke anak aku nih
anak sorang kan,nak plak aku jaga dia 24 jam.
tido pun bawah ketiak...

Cuma lately aku perasan
sejak dia dah tak nyusu badan lagi
dia menyusu sampai umor 3 tahun
Dia ada semacam rebel skit
kuat merajuk
memerintah
marah
kadang depan orang dia terjerit jerit
aku malu jah
aku malu

kadang aku lupa teori seni keibubapaan
aku amik rotan aku slash dua tiga kali
bagi puas hati aku
tak pun aku jerit histeria
kalau dah 5 kali aku cakap dia tak nak dengar
YES dia takut..aku amik jalan mudah senang citer
bila marah tinggi suara,amik rotan tak pun aku cubit
SETTLE..

Tapi lately aku nampak sesuatu yang aku lupa pada mula nya
anak anak akan ikut cakap kita 20-30% jerk
selebih nya..
aku ulang yang selebih nya dia akan ikut apa yang kita buat
dan Ya
Araz dah start marah macam aku
mengeluh pun macam aku
start nak pukul2
start histeria bila tak dapat sesuatu macam Aku

Aku ulang macam aku...

Dia baru 3 tahun..

Aku kena ubah nih
aku kena banyak sabar
Dia cakap takut araz membesar jadik kasar
aku tak nak
aku nak araz macam DIA
lembut,sopan gentle..
aku tak nak dia macam aku..

ni azam aku sempena 2014
aku nak cuba lembut dengan dia..
Boleh ker????
Kita cuba kita cuba..



 

Jumaat, 27 Disember 2013

ketidak adilan dalam kasih sayang

aku anak sulung dari 3 beradik dan gap antara aku ngan adik adik aku agak jauh
dengan yang no 2 gap 5 thn
dengan yang no 3 pulak 9 tahun
Lama kan masa aku dpt bermanja dengan mak aku..
tak manja sangat pasal mak aku ni moody skit..wawawawa

Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan yang mak aku nih melebih kan adik adik aku dalam banyak perkara
aku masih ingat time aku sekolah rendah aku pernah bertengkar manja dengan mak aku pasal aku cakap mak aku ni dengan adik adik aku dia tak se strict  masa dia dengan aku
tapi jawapan klise mak mak

"Mana ada ,mama sayang sama rata ajerk anak anak mama"

Eleh mak mertua aku pun cakap benda saya..Klise sungguh..

masa umur aku 12 thn mak aku pernah tak ckp ngan aku selama 2 minggu sebab entah aku tak ingat kenapa.
tapi seingat aku mak aku tak pernah tak berckp dengan adik adik aku walaupun apa jua kesalahan yang diaorg pernah buat.

Masa time raya,aku siap siap amik cuti nak tolong mak aku masak.
kalau tak cuti mak aku tarik muka
Tapi adik aku rileks..
pagi raya baru tunjuk muka gumbira sebab makan sudah ada..
mak aku pun gembira sebab hari raya dan adik aku cuti

Dulu time aku umor 20 thn camgitu
jgn harap aku boleh balik lepas azan maghrib
Kalau nak tengok muka mak aku masam macam cuka apple
ha sila buat..dia pernah tak ckp ngan aku pasal aku balik lambat sikit.

Adik adik aku..sila kan..
pernah kul 10 ke 11 malam tak balik pun mak aku ok jerk
siap talipon mesra tanyer kat mana kul bper nak balik
aku???
silap la nak wat cam tuh

ok kalau nak cerita banyak la lagik kan
lenguh tangan aku
bosan plak kowang nanti

tapi ader satu benda lately lepas jadik ibu ni aku rasa mak aku sayang gak kat aku ni
dia ambil berat jugak kat aku ni
Dia tolong modal kan projek pertama aku
aku ingat time tuh aku dapat kontrak
modal dlm RM 8500..
mak aku sanggup balik umah cari buku bank dia yang dia sendiri dah lebih sepuluh tahun tak tengok
pastu siap pergi beratur panjang kat Maybank nak keluar kan duit bagi aku pinjam..
ok ada nada terharu kat situ

pastu baru baru nih pun aku dapat projek lagik..
nak pinjam RM 13K
time tuh plak bapak aku sakit kat spital
tapi hari yg aku nak pakai duit tuh
dia sanggup bangun awal awal siap kan semua
pastu pergi beratur sekali lagi kat Maybank nak bagi aku duit..

So aku dapat lah simpul kan
mak mak nih dia sayang anak anak dia
tapi cara dia tunjuk kan kasih sayang tuh mungkin berlainan
dengan aku mungkin dia garang skit mooody banyak
tapi bila nak gi mana mana
nak beli apa apa dia ajak aku
anak aku pun dia jaga sambil jaga kedai kalau aku ada meeting
anak aku memang spoil abis lah ngan nenek dia nih..

ok aku dapat projek yang ke-3
doa doa dia boleh tolong lagik..
hahhahahahha..kali ni jumlah lagik banyak ...

dah aku nak pi masuk kan usul nih

Rabu, 25 Disember 2013

Menantu-Lebih kuah dari sudu

Memang mak mertua aku ni ader perangai sikit
tapi kalau aku tengok dari sudut yang berbeza dia tetap seorang ibu mertua yang baik
time dia masyuk ,tak ader lah lupa anak menantu
aku sampai ke Jepun,Indonesia berkali kali pun atas ihsan dia
cuma yer lah..
ngan mak sendiri pun kadang aku tak puas hati
ini pulak mak orang kan

Tapi atas sebab apa pun
berkali kali aku pesan pada Dia

'Awak anak lelaki,apa pun yang terjadi dia tetap mak awak dan awak kena jaga hati dia,kalau saya merungut tuh awak telan jer la nyerk,kejap jerk"

dan yer..walau apa mak dia cakap aku tetap suruh dia balik jumpa mak dia
sebab aku tak nak Allah bayar cash kat dunia ni kalau dia sakit kan hati mak dia
aku dah pernah susah
pernah sampai tak negative duit di tangan
pernah terpikir nak beli pampers dulu ker nak beli susu dulu
Tuhan pernah uji
dari duit berlambak
sampai kami cuma tinggal RM 50 dalam tangan

ok aku bukan nak ckp pasal anak
tapi aku nak cakap pasal kita jadik menantu

kita walau dah kahwin 10,20,30 tahun pun
ingat satu
kau tetap org luar yang kahwin dengan anak/abg/adik diorang
yup kau dah masuk family dia
tapi u are not the real family
darah tetap lain lain
pintu keluar tetap lain lain
tetap sampai bila bila kau ader batas
aku tak ckp pasal batas aurat..tu semua tahu tak tahu ko bukak youtube search UAI cakap aper

tapi batas dalam menyuarakan sesuatu
batas dalam masuk campur hal hal kekeluargaan mereka
ko tak puas hati
kau cakap kat laki/bini kau
diaorg bincang adik beradik ko jgn plak dok tentukan apa yang perlu diaorg buat
jangan sebuk nak jadik mastermind
Jangan jadik macam Lebih kuah dari sudu.
sebab akan ada rasa tak puas hati kalau ader org luar yang melebih lebih dalam urusan family mereka

Jaga tingkah laku
jaga pergaulan kita
kalau panjang jodoh lama nak jumpa diaorg semua
ko seronok ker kalau laki kau serbasalah nak pilih bini ker pilih family
bukan ker tugas utama isteri menyenangkan hati suami suami
dan kau nak ker Tuhan tuh turun kan bala pasal ko pun sama sama racun suami kau supaya membelakang kan family dia

Yer kita manusia
mana kita boleh kawal kita kawal
kalau ader yang tak puas hati ngan mak mertua
Mintak lah pada Allah pemilik hati hati manusia
supaya dia lembutkan hati hati mereka....

Nah saper yang mak mertua tuh mcm kerek sikit
sebelum jumpa kau baca ni

YA Aziz,Ya Jabbar,YA Mutakabbir

Salam Tazkirah sempena Krismas nih..



Jumaat, 20 Disember 2013

It takes 2 to tango

Araz cranky jerk....."ha nak adik tuh"Araz main sowang sowang .."ha cian sorang-sorang ..nak adik tuh"Harraz jumping frog.."Ha nak kawan tu..kena bagi adik tu"Harraz menangis.."Ha manja..kena ader adik tuh.."Ha....kowang ni BODOH KER apa????


ha tuh status aku 5 hari lepas..

first time aku membodoh kat FB..

iskkk....

siap ader sorang brader face to face ckp kat aku
"araz nak adik lagik"
ko cuba tak??cuba tu Sedap..sambil buat muka sangap..Shial laaa

depan mak aku pla dia cakap tuh

apa patut aku respond

aku nak carut lagik nih

pstttt..................

Rabu, 18 Disember 2013

Macam Budak budak


ha benda ni aku copy kat facebook
rajin betul saper yang buat ni *tumb up*

bila baca baca aku nampak macam buak-budak pak menteri nh semua
macam aku berlawan cakap dengan anak aku
"araz tak mo kawan ibu"
"tak nak kawan sudah pi main jauh jauh."
ha nampak tak nampak tak...
tak yah la belajar tinggi tinggi...


Sabtu, 14 Disember 2013

shut up and listen..that all i need right now



sometimes i just want people to shut up and listen...not lecture me on what i should do or don't when i facing difficult time

Selasa, 10 Disember 2013

Time aku jatuh


yer,benda memula memang susah pasal ko tak ader pengalaman
kadang ada pengalaman pun ko akan jumpa jalan berliku
time aku susah
time aku jatuh
baru aku realize semua nih benar

Isnin, 9 Disember 2013

Bila cerai..dari mata kecil si anak

 Aku tak against divorce..
Dah tak ada jodoh apa nak buat kan
Cuma smlm bila bekas biras aku call
Bising bising pasal anak dia kat ex hubby dia
Aku cuma terpikir

yang si Mak nak masa bersama anak dia
Yang si Bapak pun nak masa bersama anak dia
Tak masuk lagi..atuk nenek sepupu sepapat semua
Tapi kesian si anak
Macamana bila dia nak masa bersama sama
Sama sama satu family
Sama sama dengan Mak dan Bapak?
Sama sama main bola ker,pi berkelah ker,beguau atas katil family time ker

Sedihkan
Pasal macam tak mungkin
Dia dapat masa bersama sama kedua ibu bapa dia..
Mak bapak yang bercerai boleh move on
Tapi anak..nak lagi anak yang kecil tak leh luah perasaan?

Entah..tetiba terpikir

Ahad, 8 Disember 2013

Jangan Pernah berubah


Banyak hubungan yang berantakan di sekeliling aku kadang kadang buat aku termenung
biar di alam nyata mahupun di blogafera nih
Aku diam
pandang Dia
teringat lagu lama
masa bercinta dulu
masa aku benar benar tak mahu kehilangan Dia
Tapi kita manusia
Yang MEngetahui hanya Allah Maha pencipta

dah jom layan lagu nih
Jangan pernah berubah from Marcell

Jumaat, 6 Disember 2013

Whatapps..terhiris luka lama

Don't say u miss me too
Unless u really do..

Ciss whatsapp ni
Buat luka lama berdarah kembali...

Sometimes
I hate memories...

Wajah Damai

Hari tuh time balik kampung
ada satu pagi time hujan renyai renyai
aku sebuk nak ikut Dia nak pi merokok
bawak anak aku,
belanja ice cream satu

so kitaorg lepak kat tasik depan Istana Seri Menanti tuh
Damai sangat
Tenang sangat
Segar sangat

Abis anak aku makam ice cream
usai si Dia isap rokok
kitaorg balik

time lalu depan umah
nampak bapak mertua aku tengah rilek depan umah
tersenyum nampak kitaorg lintas dalam keter
serasi dengan suasana amai damai hijau dalam keheningan hujan rintik  pagi tuh

time Dia nak pusing kereta masuk umah
aku tengok muka Dia
aku cakap

"Awak dan ayah awak ni adalah jenis manusia yang mendamai kan jiwa kan"
Dia senyum
aku terus pandang ke depan...

p/s: korang percaya tak ada orang belum nampak dengar nama ajerk kita dah rasa kerimasan nya.Kalau dia ada jerk sesak nafas kita jadik nya..Dalam hidup aku ADA.

Khamis, 5 Disember 2013

Dengan Nilai


Jika
Wang ini sah diperlakukan dengan nilai
Manusia juga harus di perlaku dengan nilai
Letak manusia di tempat sewajarnya
Hargai yang sepatutnya..

Rabu, 4 Disember 2013

Dia kata pasal kita ada Jiwa


3 hari 3 malam aku duduk kampung umah mak mertua aku
sejuk,aman damai..
masak sama sama ..
makan sama sama..
minum petang sama sama
pi makan durian sama sama
tidur pun berlentang lentang bersama sama

aku pun pelik
hilang marah aku
sakit hati aku
sakit jiwa aku
lihat mak pak mertua aku

yang ada kedamaian
yang ada kasih sayang
yang ada sepasang orang tua yang tua
yang hidup sunyi
tapi masih senyum
masih ketawa dengan kami
masih masak dan beli kan sarapan untuk kami
yang tak buat muka pun
bila menantu mithali terbangun pukul 10..
sebab anak yang Handsome tidur pukul 3 pagi layan kartun

aku cakap pada Dia
kenapa yer walau kita tahu apa yang mak buat
kita tetap layan mak baik
macam lupa plak

aku jadik tak kisah plak dia nak mengata aku
bagi aku mybe itu cara dia lepas kan kekecewaan dia
kot

Macam ayah aku pun
walau memacam benda dah jadik
aku tetap layan dia baik
bila lihat wajah tua
rasa sedih
hilang marah aku
Adik aku cakap aku lembik

Dia kata pada aku
Mungkin pasal kita ni
Ada Jiwa...


Jumaat, 29 November 2013

Penat *sigh*

Penat lah kalau tiap hari aku kena buat benda sama
yang tak sepatut atau seperlu nya
kena ingat kan orang tentang tanggungjawap
dah lah penat
sakit mata
dah lah sakit mata
sakit hati

*sigh 150 juta kali*

Khamis, 28 November 2013

Dia selalu cakap "Hidup ni Bukan Macam Astro Ria"



Aku pelik bila ada jenis -jenis manusia ni nak hidup dia macam telenovela
kalau memang  ujian yang di turun kan Allah tu memang mcm tuh aku ok lagi
ni aku nampak- nampak sangat dia nak buat drama

dia kata ex wife cam gini cam gini
ex wife kata tak la cam gini cam gini
aku cakap gam gini cam gini
dia plak nak balas cam gini camgini

ayat tak bole blah bila pm aku
"aduh susah hidup seorang bapa tunggal,apa pun hidup mesti diterus kan"
"mungkin ini dugaan buat Abg...bla bla bla..abg cuma fikir kan anak abg..insyallah abang akan biasa melalui ini semua"
"Nasib baik ada orang tua yang sanggup menolang abang"

haaa..jahhh sangat ko kan
dan lain-lain ayat yang astro sangat sambil ikon ikon..

maaf aku cakap tulus jerk dari hati
"abg dah pikir kan,keputusan dah di buat,so hadap jerk lah consequence nya" 
aku nak cakap terimalah akibatnya  tapi macam tak sampai hati plak

dulu masa adik beradik mak bapak suruh pikir
ko ikut sangat angin drama ko
nak sangat hidup konon-konon mcm filem...
Nak jadik Her
lari sana lari sini ,naik sana naik sini

aduhhhh
time tuh anak tak mo pikir plak..

Udah-udah lah cita-cita zaman muda
nak jadik artis tuh
nak jadik artis kena ada packages bro
hidup ni memang tak adil

pastu hari nih
bley plak updates status FB
Hukum Isteri Tinggal Suami

yang ko cabar bini ko teruskan penceraian tu nak sorok mana

nak drama sangat mcm ko yang teraniaya kan..

nyampah plak aku baca

nak jerk aku up status

Hukum Suami Mengaib kan Isteri...

huhuhuhuhu....
busuk lah bau pekung



 

Selasa, 26 November 2013

Doa mintak cinta

ok sebelum tulis nak gelak dulu..kua kua kua

Pasal tetiba mengetis nak tulis pasal cinta
Cinta aku pada Dia

Dulu masa aku belajar kat Uitm.
.masa tu aku buat diploma kot ker time aku buat degree aku pun tak ingat
masa tu aku dah ala ala give up dating dating lelaki ni
kuar sana kuar sini
 kadang ada yang aku bangun pagi jerk tetiba aku rasa tak suka plak dengan lelaki yang aku  baru keluar semalam..
yuppp boleh tetiba rasa macam macam tuh ajerk
pastu aku akan terus diam

pastu aku teringat aku pernah cakap kat sorang housemate aku
aku nak menjalani satu percintaan yang panjang sebelum aku kahwin (ok time ni aku jahil tak tahu bercinta tu tak boleh)
Aku cakap aku nak cari lelaki yang cinta dia aku rasa dalam denyut nadi dan aliran darah aku
poyo kan
poyo kan
Masa tuh tak ada astro
so drama TV3 skit belaku di situ
tapi memang betul..memang aku cakap macam tuh kat kawan aku

Nak di jadik kan cerita..
time time aku muda remaja tuh tengah famous doa mencari jodoh
doa nya ala ala begini
" Ya Allah andai dia milikku satu kan hatinya dengan hatiku,andai dia tercipta bukan buat ku,bantulah aku melupakan nya"

ha..yang betui betui aku tak ingat..saper nak tahu sila google..

tapi aku tak doa macam tuh
doa tu aku baca lepas aku kenal dia
lepas aku bercinta dengan dia
pastu kitaorg berpisah kejap pasal tak serasi time tu
ha time pisah tuh aku baca doa tuh
amik kau Allah makbul sampai hari ni

ok time aku tak ader sesaper tuh
boleh aku doa macam ni
"Ya Allah kau kurniakan seseorang untuk aku yang aku rasa cinta dan kasih sayang di dalam hati dan di dalam nafas dan aliran darah ku.. ".ala ala macam tuh lah doa aku(gila kan doa aku)
*bila ingat balik rasa poyo giler*

Nak tahu..
Selang tak berapa lama aku jumpa dia.(.jumpa dah lama dia cousemate aku..cinta jerk tak ada)
walau time tuh aku tengah ada lah kawan kawan ngan lelaki lain

Dalam...
Dalam perasaan aku pada dia time tuh
Masa terpisah sekejap tuh memang terbarai abis perasaan aku
satu perasaan yang tak pernah aku rasa
aku pernah mandi tapi gayung terlepas dari tangan dan aku menangis
dan aku masih ingat kata kata kawan aku
"menangis lah selagi ko nak menangis,merayu lah selagi ko rasa ko nak merayu sebab,sampai satu ketika kalau dia memang bukan untuk ko..hati ko sendiri akan suruh ko berhenti"
aku ingat kata kata dia sampai sekarang..10 tahun lepas..

Alhamdulilah
setelah 10 thn Dia masih di sini..
kasih sayang cinta masih sama
malah aku rasa lepas lahir si Handsome ni macam lagi best
walau time kerje pun caling caling..auwww...

ok saper nak muntah sila bangun sekarang
ok ni bukan nak membangga diri
sebab tuh aku cakap masih bahagia sehingga sekarang
esok lusa Allah turun kan ujian aku tak tahu..
Pernah
Pernah Allah turun kan ujian- ujian getir
Alhamdulilah...dia masih tido sebelah aku..hahahha 

ni cerita cinta aku dengan Makhluk Allah
Ya Aku tahu aku kena cinta kan Allah dan rasul
Itu cinta bab lain
bab yang tak ada persamaan dengan apa ada nya

dah aku nak sambung masak sup tulang...
chow..


Ahad, 24 November 2013

Jawapan Klise sesama Biras

Semalam kan mak mertua datang * batuk batuk kecil*

Pastu hari ni pagi yang tak berapa pagi bekas biras aku call
Bagi salam..tanyer anak dia ok ker smlm
Aku jawap okjerk

Pastu tanyer aku soalan cepu emas ala ala gossip
" mak ada cakap apa apa pasal kite tak?"
*pause*

Aku jawap..
"Gila tak ada mesti lah ada..jangan risau semua org ada bahagian kak"

Hhhahahaha teringin sangat aku nak ckp macam tuh
Tapi biasalah..
Aku jawap camgini

" tak adalah ..cuma taanya nape akak tak tgk anak jerk.."
Betul ker tayer bekas biras
" betul kak,zara pun tak dengar sangat,sebuk kat dapur"
Padahal....*kof kof*
Sebelah telinga aku jerk kot
Tapi cam biasa..dia pun tak caya ngan jawapan aku..
Lantak...

Senang bagi jawapan
Nampak tak jawapan klise kat situ
Jawapan selamat kan diri aku dari jadik baa baa black sheep di masa hadapan
Cakap lelebih kang tak pasal aku jadik mangsa tujahan..

Ok dah
Aku nak pikir apa lagimayat klise...

Sabtu, 23 November 2013

Sayang Mak


*lost Words*

banyak nak tulis..tapi macam tak tersusun plak dalam otak aku
cuma ada orang mak mertua datang suka lompat katak..hati berbunga riang...

ada orang masuk mode BERHATI HATI

hahahhaah..

aku lah tuh...

Mode On!

Selasa, 19 November 2013

Laksa cinta di tengah Malam



La ni pukul 12.20 malam..oppss tengah Malam..
aku baru abis masak laksa..
bukan untuk makan esok tapi malam ni

pukul 10 malam..
Dia tetiba request mintak laksa
Sebagai Isteri Mithali aku pun tunai kan
dengan penuh kasih sayang dah jampi jampi cinta aku masak..
kisar ikan
kisah lada
masak asam
masak laksa nya
potong memotong
Cer kira skit kul baper baru makan

selesa diet aku malam ni..
mana diet aku pergi
kelaut la dia jawap nya

ok isteri Mithali mintak diri
chow


Sabtu, 16 November 2013

very fine line between rasuah and hadiah..ewahhh



aku kan ader company sendiri..ewahhh
kami buat maintenance renovation dan benda bersangkutan dengan PC(saper nak buat kerje kerje renovation ker apa ker sila pm aku)
baru baru ni try usha line line govt
tender,sebut HARGA direct nego dan seangkatan dengan nya..
ok doubt aku bermula di sini..

kalau aku baik ngan oRang-orang yang menguruskan benda ini dengan maksud mempromosikan company aku ..adakah aku mendekati rasuah..contoh nya aku belanja minum ker untuk kenal lebih rapat..membina networking??

aku ada kawan kawan kat jabatan-jabatan kerajaan, then aku dah promote company aku dan ternyata aku ni boleh quote murah dan aku memang boleh buat kerje..adakah mereka mendekati rasuah???

dah nama pun kawan kan..kadang ko mesti ajak minum..ajak makan...dah kawan kan..mesti bawak tempat ok skit..kedai mamak bising bai ko nak borak, plus laki mak memang tak leh makan kari..pening kata nya...adakah aku mendekati rasuah???

pastu kata kan kawan aku tak la kenal sangat company lain yang leh buat renovation ,pastu dia kata..since ko pun murah dan boleh buat..ko buat lah project ini..adakah kawan aku bias???..sebab dia kata company lain tak tahu lah ok ker tak buat, pastu cibai mahal...maklum lah kerajaan semua org nak tiauw ken..adakah dia Bias??

aku quote dengan Harga munasabah mengambil kira untung yang berkadaran dengan kerja..pastu dapat..syukur Alhamdulilah dapat payment aku belanja kawan kawan aku tuh makan..niat aku belanja kawan kawan kongsi rezeki...adakah aku bagi rasuah...???aku nak hadiah kan makan jerk...phone mahal tak mampu la plak nak bagi..

Pastu kalau laki aku suka main golf...kawan kawan pun ada suka main golf,dia ajak main sama sama ...adakah laki merasuah???

ha pening kan..aku pun pening
tapi dlm hati aku laki bini memang tak ader niat nak rasuah..
kami nak promosi kan diri dan company
pastu dah adat dapat rezeki belanja makan
kadang bagi kawan kawan hamper ker
kek ker kongsi ramai ramai satu opis
tak ader duit cash pun terlibat..
acaner???

susah kan....
contoh kan..
kalau aku jual  ubat gigi
aku promote beli ubat gigi aku aku bagi pinggan
so salah ker kalau aku nak kenal kan company aku
aku bagi org tuh makan minum..

pastu kalau kita beli kat tesco ker giant kan dia bagi rebate mcm kupon diskaun kan
so salah ker kalau aku dapat payment aku belanja la kenkawan makan,bagi kupon makan ker..

tu aku ckp very fine line kan..

pastu mcmana aku nak bersaingan kalau ada company bagi rasuah kemain...aku plak dok "aaahh dapat ok tak dapat pun tak apa"..mcmana..

kalau ko nak cakap niat tak menghalal kan cara..sumpah dari umur aku 12 thn aku dah tahu....

kita kalau baik ngan kenkawan atau adik beradik pun sure nak bagi makan ker hadiah ker kan..

ha that's why i said there a  very fine line...
very fine....

Rasa rasa tan Sri Al Bukhary tuh jadik kaya raya tuh camana????Ada tak the very fine line??

Jumaat, 15 November 2013

nyesal kerrrr takut kerrrr??



ko nyesal??
"tak..cuma.."
cuma aper..
"takut"
Takut aper
"pengakhiran nanti mcm mana"
Itu kerja tuhan bukan kerje kau
"tapi mcmana kalau keputusan aku buat tu salah"
Perjalanan hidup tuh dah ada..kau cuma menjalani nya saja
"yer ker"
entah pendapat aku ajerk..
"gila"
Benda tak terjangkau dek pikiran kalau ko dok pikir memang giler

 

Ahad, 10 November 2013

Atkin Diet dan Perang nafsu...

Pernah dengar atkin diet?
Kalau tak pernah sila google untuk perjelasan yang lebih...
kat Fb pun diaorg dah tubuh kan kelab diet atkin malaysia

Aku terpanggil ..(wah terpanggil ayat di situ)
Aku terpanggil nak try atkin diet lepas tengok sowang coursemate aku masa kat U dulu kurus
ni depan mata nih bukan aku tengok testimoni orang yang aku tak kenal
so aku pun tanyer dia,dia ckp dia buat Atkin Diet or low carb diet..

secara kasar nya Atkin diet ni kita tak boleh amik nasi/mee atau apa sahaja yang seangkatan dengan nya..
nampak tak step pertama...makanan ruji rakyat malaysia nih ko tak leh ambil

pastu tak leh makan gula..gula dlm apa sahaja bentuk nya
so kalau nak try 'Atkin diet ko kena sanggup nak korban kan big apple donut,sneaker,kopi susu,mocha ice blenden,Cappucino Grande topped with caramel,Segala mak nenek roti sedap The Loaf.ABC..roti bom..rojak..yong tau foo...yada yada yada....nampak tak penyeksaan batin di situ...Penyeksaan batin bagi pemakan tegar seperti aku..

Nasib baik boleh makan benda benda protein
telur,ikan,ayam daging sayur hijau..
tapi tak ader nasi kau tak akan rasa kenyang dengan erti sebenar kan..
hahhahahah


*CRY*

secara jujur nya aku dah baper kali tersasar dah pun..
tak mampu nak jujur pada diri
Dia cakap.." secara jujurnya saya kesian tengok awak diet..sebab makan tuh passion awak..awak suka makan"
in fact dia pernah letak segenggam nasi kat pinggan aku time aku makan ayam goreng tanpa selera...

tapi kena buat jugak..
sejak dating cintan cintun dengan Dia berat naik mendadak
tak nak lah di gelak mak badak..
anak sorang perut gendut macam anak lima
nak plak aku ceaser
masa pantang malas bengkung
konon susah nak cangkung..
skang amik kau...

Aku dah berapa lama tak update gambar kat Fb ker,Whatsapp ker
jumpa kenkawa pun malu
pasal mulut mulut manusia kan
kadang lesen dah expired
sesedap cakap "Zara kau nampak 'SIHAT'..kat status timeline FB aku
bagi semua org senyum kan..
aku pun senyum..senyum kelat..

Dah lah aku nak sambung diet balik..
tak tahu baper lama aku boleh tahan...

Nasi beriani..*sigh*

Khamis, 7 November 2013

Menantu buatan sendiri

Manusia mana ader perfect..
Nak plak menantu kan

Ada pandai kerje tak pandai masak
Ada pandai masak tak pandai kemas
Ada pandai kemas tak reti masak
Ada penyabar senyum ajerk
Ada garang macam singa
Ada yang dok pendam jeruk rasa..

Mak oiii..
Kalau nak menantu perfect
Mak kena lah fabricated sendiri
Anak anak mak pun tak perfect
Kalau bahasa kasar nya nak ckp
Mak pun tak perfect kan

Kita manusia mak
Mana mungkin maksum...
Mana mungkin sempurna

So mak..

Tolong la berlapang dada
Kasi ruang kasi ruang
Anak menantu cucu nak bernafas
Tak semua hal mak kena masuk campur
Tak semua hal nak kena rujuk mak
Kalau tak rujuk..
Huh menantu polan lah racun anak dia..

Percaya lah mak menantu mak semua nya rasa nya ok
Tak ada lagi yang ada rekod jenayah lampau

Tolong mak..

Kami sayang anak mak kami sayang mak jugak
Kami hormat mak
Tapi kalau dengar mak dok menceceh mengata kat belakang
Sayang  sayang takut jadi buah kepayang
Abis sabar sayang melayang...

Ok mak




Rabu, 6 November 2013

Dah sayang suka cinta anak dia,abg dia,adik dia...



Ishhhh..

Dah sayang kan anak
Aku hadap kan jugak la perangai mak dia

Dah sayang kan adik nya
Aku lapang dada ajerk la layan kerenah abang dia

Dah sayang kan abang
Aku senyum ajerk la tengok peel adik nya

Nasib baik bapak Dia cool abis

Kalau tak sayang dan hormat kan Dia
Dah lama mulut aku berapi
Keluar naga keramat dari tapak pertapaan
Keluar siong dari mulut tak berlesen nih

Duhai iman..ko sabar kan lah hati ini..

Amin

Isnin, 28 Oktober 2013

Cinta 10 tahun

kalau cinta itu bahagia
aku sedang merasai nya

kalau cinta itu gembira
aku sedang tertawa bersama nya

kalau cinta itu harapan
bergunung aku harap kan

kalau cintA itu sengsara
aku sedang sengsara menelan segala nya

kalau cinta itu airmata
bergelen sudah aku tumpah kan

benar kata mereka mereka
cinta itu segala gala nya..

10 tahun untuk segala nya
dan aku masih cinta pada manusia ini..
biarpun segala rasa  rencah telah di tumpah kan
aku masih cinta

Sabtu, 12 Oktober 2013

Selasa, 8 Oktober 2013

Buat muka

Bila tak suka sesuatu
Mari buat muka,tak yah bercakap
Pastu bila di tanyer

Ehh tak ada apa apa laa

Nampak tak mcm tak logik kat situ...
*sigh*

Childish nampak ketara di situ

Isnin, 7 Oktober 2013

Rindu terlarang

Pernah tak tertiba teringat  cerita lama..
Tetiba teringat orang lama

Capai phone antar msg..
Hope kawan lama terkejut
Di sapa gembira

But
Reaksi dia sejuk beku
Satu ko tanyer satu jerk dia balik bubuh icon icon jerk

Pastu keciwa dan termalu sendiri..
Pandang balik tepi..nampak Dia

Tu lah aku dah ckp pada diri sendiri

Itu kan rindu terlarang..
Sakit cari sendiri..

Jumaat, 4 Oktober 2013

Silent killer

" they lie when they said silence is golden ,fact is ,in some cases silence  is a silent killer that poison your heart, brain and feeling "

I wanna eat my feeling so i wont feel hurt..



Rindu

" aku rindu..
Aku rindu pada mereka yang pernah bertandang dalam hidup
Yang pernah meninggal kan  cuit cuit rasa
Saat ini jiwa muda dan remaja menyesak kan rasa

Aku rindu
Rindu pada kenangan itu
Ingin memohon dan meminta pada Tuhan
Temukan aku semula pada  wajah wajah itu..
Merasai kembali realiti itu
menyentuh semula tangan tangan itu

ya Allah aku benar benar rindu

Tapi sayang
realiti nya tidak sesekali membenarkan semua nya berlaku..
kerana
Rindu ini rindu yang terlarang.."

Siksa rindu

Khamis, 3 Oktober 2013

Adat laki bini kerje sekali

Aku dengan Dia kerje sekali
Nk kata kerje pun tak..tapi macam kerje sekalila..
Meniaga sekali..satu company dia boss aku kuli,kadang kadang aku boss dia kuli..wakakak

Most of time memang selalu bertekak
Banyak benda gak tak sependapat
Kadang apa yang keluar dari mulut dia memang aku tak leh nak hadam
Yang kuar dari mulut aku plak dia tak leh nak telan
Aku takut Allah kata..ooo niat ko macam tuh nyerk nah aku padam kan jalan..
Aku meniaga harapkan berkat dan rahmat Allah

Ya aku tahu kerje laki bini kena banyak sabar
Nak plak laki bini kita bukan pak imam atau lulusan Mesir or whutever yang seangkatan dengan nya
Adalah ayat ayat yang menyimpang dan membuat kan aku opis atas dia opis kat bawah..
Aku takut..

9 pintu rezeki dari meniaga
Tapi selama aku meniaga nih
Aku rasa 90% dalam perjalanan adalah dugaan
Silap sikit ajerk
Meraba la ko tak nampak jalan

ya Allah ya Rabb..
Ko bimbing lah aku dan business partner aku nih

aminnnnn
Sila amin ramai ramai...

Rabu, 2 Oktober 2013

Sini sana kena bayar..esok lusa oksigen pun kena charge

Sekarang kalau  nak daftar ePerolehan ko kena bayar
Dekat  rm 700 aku kena bayar..
Siot kan just nak daftar syarikat..
Belum yang mintak di ampu ampu lagi..
Project belum pasti
Pembelian belum pasti

Perasan tak kita makin tenggelam dalam system yang di ciptakan oleh manusia sendiri
Bukan perlu
Aku percaya ni kepentingan sesetengah pihak ni
Dah la aku kena bayar daftar
Nak klik untuk berurusan dengan kerajaan persekutuan aku kena tambah duit lagi
Satu klik tu RM200
Cipan kan

Isk baru aku nak simpan duit masuk kan Anak sekolah tahun depan..
Skang ni budak masuk tadika pun pendaftaran dah 1k lebih..
Mengalahkan aku masuk U dulu..
Ahh tension la

Selasa, 1 Oktober 2013

Dah la sakit badan sakit hati plak

Aku bengang betul..
Kalau aku sakit ker,demam selsema ker,batuk nak terkeluar kerongkong ker
Haram la Dia nak concern atau nak lebih amik tahu
Bole buat bodoh ajerk...diam kaku ajerk..
Tak ada lah nak bangun awal tgk kan anak ker
Buat susu anak ker
Buat breakfast anak ker..
Balik balik aku kalau sakit ni gak kena buat

Aduhh stresss laaaaaa....

Aku sakit tergolek pun di suruh buat susu anak
Pastu bangun bole buat kopi roti sendiri
Ate nak tanyer aku yang tergolek ni dah makan ker,nak minum ker dah amik ubat ker
Haram la tidak..

Bilaaku cakap..B concen la skit bila saya sakit
Cuba cuba tegur tegur orang bila sakit..
Puiiii macam aku cakap ngan tong gas aku kat dapur..
Beza nya dia melawan balik..

Ok aku nak mencarut

Sial laaa..

Ok aku nak lepak bilik kunci pintu..
Jgn harap la dia nak dtg ketuk tanyer..dia boleh buat buat jadik batu jerk kat bawah tuh

Aku tak tahu lah kalau aku sakit teruk mcm mana..
Tapi sebuk claim dia lelaki concern..
Huk tuiiiio

Cuba kalau dia sakit
Aku pun nak try buat bodoh jerk..
Tapi selalu nya azam jerk lebih sokmo gagal
Kejap aku bagi air,
Kejap aku hulur ubat..
Kejap tangan aku atas kepala dia tgk panas kee tak..

Ahhhh luar kuat
Dalam barai...
Bencintalaaaa

Isnin, 30 September 2013

Terlebih pikir




Terjumpa quote ni kat Fb tiga empat hari lepas
Ayat simple..
Tapi terkesan dihati..

Kita manusia kadangkala lupa..ada benda di luar bidang kuasa kita..
Di situ lah wujud nya Tawakkal..
Yang perkataan nya kita tahu
Tapi lupa nak apply dlm kehidupan seharian..

Sesuai sangat untuk aku yang dok pikir apa akan jadi..apa akan jadi..
Mulai sekarang cuba berbuat baik pada hati
Bersangka baik pada Ilahi
Dia lebih mengetahui segala nya...

Khamis, 26 September 2013

Dugaan Rumahtangga dan komen manusia

Dekat Fb ada banyak page..aku pun sedar tak sedar kadang dah follow atau pun di masukkan secara paksarela ke page page tertentu..

Ada satu page aritu mengutarakan permasalahn rumah tangga..so ada sowang hamba Allah mengadu lah..masalah dia lebih kurang mcm ni

" Saya ada suami yang tidak solat dan tidak memberi nafkah.Tolong la saya apa yang perlu sya buat.dah berkali kali saya nasihat kan dia..tapi nampak nya belum berubah..."...

Ok adalah lagi dua tiga ayat masalah dia tapi pokok citer dia yang tu la...

So aku pun scroll la komen komen yang di berikan...

Aku ok..aku open ajerk tengok komen komen yang mengjangkau beratus komen

Tapi sacara kesimpulan nya aku jumpa  lebing kurang dua cabang ajerk penyelesaian yang orang dok komen tuh

1. Lain kali nak cari suami chek la...cari yang  tak solat kenapa..bla bla bla...
2 . sabar la..nasihat kan dia..bla bla bla..

Yang no 2 tuh aku ok..coz walau pun nasihat sambil lalu aku rasa at least ko bagi jalan..

Aku cuma nak komen balik komen n o 1 tu

Balik balik kalau aku jumpa pemasalahan yang macam ni bila di utara kan orang akan kondem ,kenapa ko cari laki tak solat,tak puasa,tak pi haji lagi,tak bayar zakat..tak itu tak ini ..waima orang yang di kata kan cerdik pandai agama pun bila aku tgk video depa ada yang cakap mcm ni..bagi aku ni bukan penyelesaian..ni ko salah kan dia..ko kondem dia..kalau ko bagi ceramah kat remaja or orang muda oklah kau nak gariskan semua ni

Ya..aku tahu..sangat tahu dalam Islam memang dah di garis kan mcmana nak cari calon hidup....so kenapa tak ikut? So skang amik la balasan nya..ko nak ckp mcm ni?..

Pernah tak terlintas satu senario mcm hi..aku rasa kita masa muda dulu familiar..

Satu couple,hangat bercinta...keluar tgk wayang,makan makan..buat itu buat ini..lelaki pun tak solat..mybe wanita pun tak solat..time tuh muda..lupa ..lupa pasal agama..lupa pasal mati..tak ingat pun..sebuk..sebuk kejar dunia ..sebuk nak enjoy...nak pulak ko bukan di besarkan dlm family yang mengamalkan cara hidup islam seratus peratuss..bukan family yang umor 7 thn dah suruh solat, bukan jenis family yang jenis solat jemaah..bukan jenis family yang duduk ramai ramai dengar hadis dengar tazkirah..so ko tak familiar..so bila ko jumpa laki/ bini ko yang sama jenis..ko rasa benda tuh normal..ko suka ko kawin..at least bagi aku KAHWin...

Dengan izin Allah..si bini dapat hidayah..dan Allah serta  dengan taufik..dia insaf..berdikit dikit nak mula kan serap kan ajarn islam dlm keluarga nucleus dia sekarang..tapi Allah duga...Allah bagi cubaan..Suami belum berubah..masih mcm dulu tak solat..si Isteri makin lama makin mendalami Islam makin rasa tertekan kerana org yg di sayangi belum berubah...

Ok..dia PUN nyatakan masalah atau lebih kepada rasanhati dia kat page page ,harap kan orang bagi bantuan or at least bagi cara apa dia boleh buat nak bagi suami dia berubah..

Dia tak  dpt penyelesaian atau keredaan hati sebalik nya..ORANG DOK UNGKIT KISAH SILAM APASAL KO CARI LAKI MCM TUH.....korang nak dia  rasa bersalah pasal pilih laki macam tuh sampai mati ker???seronok kan kondem salah org..seronok kan meneraka kan orang

Bagi aku kalau nak bagi komen bagilah komen membina,apa yang dia perlu buat..bimbing dia..selami  masalah dia..letak diri kita kat tempat dia..doakan dia...moga moga Allah mendengar doa dia dan kita..

Aku tak  tahu mungkin aku salah..tapi bukan kan nama jodoh kita telah tertulis di Luh Mahfuz..cuma keperibadian nya di ukur dengan keperibadian kita


Kowang pernah dengar tak Allah tu lebih suka mengdengar rintihan dari hamba nya yang berdosa berbanding pujian pujian..mungkin kalau laki dia berubah dia akan jadi hamba yang benar benar insaf dan setulua nya mndalami agama Allah


Maybe ni tak jadi kat kita or belum jadi kat keliling kita..tapi jgn lupa bukan rezeki sahaja datang dengan cara yang tak  terduga..dugaan dan ujian Allah pun kadang dtg dengan cara yang kita tak sangka..mungkin adik kita,sedara kawan baru kita akan hadapi dugaan ..so kita nak ckp kat dia.." Ha ko cari laki mcm tu kenapa.?

Ok ok..aku cuma nak cakap..kita jgn dok tgk punca masalah la..ok ko boleh  tgk,punca masalah sebagai pedoman dan teladan..tapi kita tak payah la nak ungkit ingat kan org tuh 10001 kali mcmana benda ni boleh jadi..kita mungkin akan mematah kan semangat dia dan menambah kesengsaraan di hati dia..ibarat kata org putih if have no good things to say just keep quite..

Ok panjang pulak aku punya lintasan hari ni..hahahhaha



Jumaat, 20 September 2013

25 thn

Mengikut kajian bila start umur 25 kadar metabolisma menutun
Semakin umur meningkat semakin metabolisma turun...

So adakah semakin kita tua,semakin sikit la kita bole makan???

Jenuh la pemakan pemangsa seperti aku

Isnin, 16 September 2013

Quote 160913 -MIL

Aku tgh basuh pinggan,Dia tgh lap kitchen...
Aku tanyer..sedara yang sorang  tuh dr raya tak jumpa Mak
Tak rindu ker?

Dia ckp..rindu tak ada dlm hidup diaorg..
Aku diam...
Basuh balik pinggan
Tapi aku ternampak nampak muka MIL aku

"Never underestimate the power of a motherthe love,the carethe patient and the prayer"

Never tease the patient of a mother,takut takut hilang doa seorang ibu..

Walau ko pandang remeh benda ni

Tapi Maha besar di sisi Nya...

Allah ya Rabb

Ahad, 15 September 2013

keturunan aku dtg dulu..nak wat camana

aku paste jer..isu ni dah lama,tapi entah apsal tertiba terlintas kat fikiran aku

PANASS!!! SEBENARNYA MELAYU PUN PENDATANG DI MALAYSIA INI!!-DAP

klik lah link tuh kalau nak lebih jelas..

hhahaha..

aku cuma nak cakap..memang lah kitaorg pendatang..tapi

SAPA DATANG DULU.?????? MELAYU KAN!!!!!!!!!!!!!

.LOL..

hahahhahah lu pkir la sendiri..

Rabu, 11 September 2013

4 syarat wanita ke syurga

aku pandang wajah dia yang sedang tidur...

4 syaratmwanita nak masuk syurga

Solat

Puasa

Jaga Maruah

Mentaati suami....

Tak payah hurai kita semua dah sedia maklum kan pasal 4 syarat tuh

Aku pandang lagi muka dia..

Aku teringat ada uztaz ckp...

Rasullah s.a.w nampak banyak perempuan kat neraka
Tanya pada Jibrail knpmbanyak wanita nih

Jibrail reply balik

Ni wanita wanita yang menyakiti suami dengan LiDAH  nya



Ustaz  tu ada ulas lagi

3 syarat utama tuh banyak wanita boleh laksanakan

Tapi yang last tuh ramai tergelincir,aku tak nafikan memang pun...
Aku pun selalu tergelincir..kadang rebah terus bila hati dah sakit

Dulu masa time bercinta bertunang,aku rasa dah banyak dosa..nak cepat kahwin elak dosa
Sekarang nih..

Aku rasa lagi banyak dosa dok lawan ckp dia...sakitkan dia...

Dia suami yang baik...walau belum sepenuh nya...




Khamis, 5 September 2013

Tanda aras Kebahagian

Mood nak copy and paste ajerk ari nih..walaupun benda nih berangkai rangkai dalam urat kepala aku

ok mari kita menyelami makna KEBAHAGIAN aku copycat kat sini 

"

Kebahagiaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2010 - A year plenty of Hopes.jpg
Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makananpakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakitkelaparan, danperang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasastatus, dan kekayaan."

betul aku agree!!

kebahagian berbeza beza mengikut keperluan seseorang.
kau tak boleh cakap tak ader duit orang tuh tak bahagia
kau juga tak boleh cakap ada duit confirm bahagia
kau tak leh cakap dapat bini cantik tak bahagia
kau tak leh cakap gak dapat bini hodoh confirm bahagia..

Mak mertua aku cakap pada suatu petang tgh lepak ramai-ramai
 " duit bukan sebab kebahagian"....kata dia mengulas tentang isu petang tuh

tapi kata menantu dia yang sorang tuh dia perlukan duit gak nak bahagia..

Menantu lain la bukan aku..kakkakakak

aku plak cakap kat Duit baja bina Kebahagian....(aku ckp belakang belakang jer)

kau tak setuju..????
.tak kisah boleh buat quote sendiri..
sebab untuk buat ko bahagia berbeza dengan sebab yang memboleh kan aku rasa bahagia....

Rabu, 4 September 2013

Selasa, 3 September 2013

kau yang sempurna

Terleka dalam mencari kesempurnaan...
Sehingga terlupa tiada yang sempurna...


Kita mudah lupa bukan...
Kita juga tidak sempurna..

Pantun naik minyak

Orang melayu banyak berpantang
Sudah ikutan turun temurun
Ko isi minyak bergantang gantang
Bukan boleh tahan bertahun

# ni pantun sebab aku hangin jammed satu kawasan perumahan aku sampai umah mak aku pasal orang nak isi minyak coz kerajaan 40% ko ni naik kan harga minyak...wei korang tahu tak matawang kita lemah sejak beberapa minggu lalu berbanding dollar...dah jgn nak jakun sangat isi minyak..phone samsung smartphone semua keluar beribu ribu ko bayar...ni ko bising sgt..yupp harga brg confirm naik..aku pun pening kepala gak..

Ok dah walau naik baper sen aku tetap isi minyak aku rm 10 setiap kali aku isi minyak.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Legging satu jenayah..

Bukan lelaki jerk ingat macam ni...
Kadang kadang aku tengok legging memang satu jenayah..nak plak yang buntut kemain kembang,legging ketat,baju atas buntut...hello sis tak malu ker?

Jangan kata lelaki..
Aku pun kekadang boleh imagine legging tuh jadi warna cokelat...

Hhahahah...
Yang pasti aku bukan LGBT...

Jumaat, 30 Ogos 2013

Bapak merajuk

Stress aku....
Anak merajuk boleh gak di peluk di cium di pujuk

Bapak merajuk...eiiiii streesss aku

Orang lelaki...
Salah dia pun dia yg merajuk meroyan bagai...
Stresss

Selasa, 27 Ogos 2013

Sayang sampai sorga

Kasihan si anak
Ibu yang patut menjaga dia dera dia sampai menemui ajal..

Kadang kadang aku paham
Bila budak nakal...
Memang boleh buat ko mereng
Orang tak rasa jaga anak 24 jam..
Boleh la ckp mcm macam

Tapi aku tak paham yang di pukul sampai nazak tuh knp?
Ko perlu letak kan had sampai mana ko bole rotan anak ko 
Tapi kalau dah ajal camana


Semalam masa nak tidir ..aku ada gak marah anak aku
Mana tak dah kul 3 masih aktif lompat sana sini

Sambil nyondol nyondol aku
Aku angin laaa

Tak lama dia dah penat
Au pegang pipi mungil
Dia pun uat benda sama kat aku

Aku cakap

" ibu sayang awak sampai syurga"

Itu aku pasti...

Go to hell

A group of girl were sitting on a table while waiting for their lunch

A said
" i ' m going to Japan next month"
 Wow!,,

 B said
" oh yeahhh,guess what i" ll go to Paris this summer"
 Great!!

Sofea putih said
" ali akhbar will take me to Milan for honeymoon"
Splendid!!

C said

 " i' m going to hell..oh God "

Paused!


Hahahaah.....

Tikam belakang

Time aku sekolah dulu memang aku pernah kena benda ni..
Tapi time sekolah..
Orang yang aku paling percaya
Kawan tido sebantal,makan sepinggan
Last sekali aku dpt tahu dok jaja citer pasal aku..buruk buruk kan aku
Fine 15 thn dulu...

Time aku kerje sime dulu pun
Aku penrh kena benda ni..
Tapi tu bukan tikam belakang
Depan depan aku kena
Belakang belakang diaorg umpat keji aku jerk..
Fine  lima enam tahu lepas

Tapi tadi
Aku dapat tahu
Orang yg paling aku tak sangka
Orang yang patut jaga aku dan lindung aku
Orang yang patut sayang aku
Orang yang sampai kiamat pun patut kasih kan aku
Sebab aku ni darah daging dia
Tikam aku
Warning hati hati dengan aku
Pada orang yg mengambil tanggungjawap menjaga aku dari dia
Apa patut aku rasa...
Apa patut aku rasa

Sesak dada aku..ye sesak..berat..kelam....
Seumur hidup aku dia ada prasangka buruk pada aku

Rasa aku dah layu..
Hormat aku dah pudar..

Marah??.?.?

Dah tak ada marah...

Yang tinggal sekarang
Kecewa!

Kecewa Sangat!

Ahad, 25 Ogos 2013

Akhir Dunia

Dari lahir kita dah tahu kita umat akhir zaman...
bila bumi Ambia berdarah..kita tahu itu petanda akhir zaman
Bila Syiah  berleluasa..kita tahu kita akhir zaman..
Bila mekah  madinah di kepung...kita tahu kita akhir zaman..

Kau takut?
Aku takut...sampai nak mengandung dan beranak lagi pun aku takut..
Aku takut apa yg jadi Syria
Aku takut apa yg jadi kat Pelestin
Dan aku takut apa saja terjadi di Dunia ni

Aku paranoid

Ada kata kita patut masih syukur kerana ada peluang untuk jadi syuhada..
Ahamdulilah rezeki siapa yg terpilih mati di jalan Nya...

Aku?
iman masih senipis urat rambut..

Aku?
Masih takut...

Aku?
Masih banyak yang perlu di lakukan...

Khamis, 22 Ogos 2013

Sinner

Aku Takut

"You know sinner, even if you've broken your vow a thousand times...just come back... Allah's door is open..."(aku copy dari status wardina)


aku cuba..
berkali- kali aku cuba

tapi

tiap tiap kali juga pasti gelincir
aku tak tahu mana nak mula
macamana nak stay on the line

hari nih aku jatuh lagi....



Rabu, 21 Ogos 2013

Mencari bilik sewa

Saper kata nak cerai tuh susah..
" aku ceraikan ko anu bin anon dengan talak satu"
Tak pun cakap cam ni

" kalau itu yang u nak i lepas kan u"

Senang kan..

Tapi sebenarnya yang susah..

Hati
Jiwa..
Takdir
Keputusan

Benda benda ghaib yang ko tak nampak ni....
 Itu yang susah

Dammm!

# pada yang berpisah hari nih,aku doakan semoga keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik untuk korang..aku tak sokong dan aku tak tentang..cuma aku sedih nasib anak itu...memory bersama sebagai keluarga tetap manis time sama sama dulu..kAk duduk bilik sewa baru tuh hati hati key

Selasa, 5 Mac 2013

Tangisan Jiwa



MEnangis lah Hati
Menangis lah Jiwa
Andai itu yang bisa membuat kau melepasi tahap kecemikan hati

aku masih menyesali
mensesali perbuatan dan keterlanjuran
penyusutan iman menyasar kan aku dari laluan

Ya Allah
Aku mahu jadi yang terbaik..
tetapi hati sering tersasar..
iman sering menyusut
aku tak kuat..

Dia...
Maafkan aku..
aku insan lemah yang gagal mengawal emosi..
Tolong..tolong aku pinta...
bersabar lah..
kerana tanpa mu
aku kosong..



Rabu, 16 Januari 2013

Bantal,Tilam sama...Mimpi lain-lain



Ari tuh tetiba aku teringat citer Cinta itu Milikku, laki balik umah hari-hari tapi tup tup tup
dah 10 thn kawin lain...

pastu aku pandang Apis..

aku ckp

"Kita ni tidur satu tilam,kekadang satu bantal..tp mimpi lain-lain kan"

pastu ader satu cerita plak aper entah tajuk nyer..dialog dia mcm nih plak

"walaupun mati tanam satu liang lahad,alam barzah tetap sendiri-sendiri punya"

serius takut...aku takut keseorangan..


Isnin, 14 Januari 2013

Isu Hari ini 14/1/2013





Please prove you're not a robot
reCAPTCHA challenge image


tengok benda atas tuh..nyampah aku..aku memang bukan robot tapi kalau dah segitu camtum nyer perkataan tuh ..aku yang mata 4 nih pun tak tahu kebendanya benda alah tuh..tu buat kekadang aku malas nak bagi comment kat blog orang walaupun bergunung gunung aku nak cakap


lagi satu kan...

aku sedey lah kalau tetiba aku syok2 follow blog orang sekali dia private kan blog dia...at least bagilah warning ker..memo ker lagi 2 hari dia nak private kan blog dia kan..tak ader lah aku terlari2 ke kedai mak aku nak pinjam internet nak baca blog atau kesinambungan cerita kan..ok aku tau tu blog diaorg sukahati lah dia nak buat aper kan

ok whutever..