Rabu, 25 Disember 2013

Menantu-Lebih kuah dari sudu

Memang mak mertua aku ni ader perangai sikit
tapi kalau aku tengok dari sudut yang berbeza dia tetap seorang ibu mertua yang baik
time dia masyuk ,tak ader lah lupa anak menantu
aku sampai ke Jepun,Indonesia berkali kali pun atas ihsan dia
cuma yer lah..
ngan mak sendiri pun kadang aku tak puas hati
ini pulak mak orang kan

Tapi atas sebab apa pun
berkali kali aku pesan pada Dia

'Awak anak lelaki,apa pun yang terjadi dia tetap mak awak dan awak kena jaga hati dia,kalau saya merungut tuh awak telan jer la nyerk,kejap jerk"

dan yer..walau apa mak dia cakap aku tetap suruh dia balik jumpa mak dia
sebab aku tak nak Allah bayar cash kat dunia ni kalau dia sakit kan hati mak dia
aku dah pernah susah
pernah sampai tak negative duit di tangan
pernah terpikir nak beli pampers dulu ker nak beli susu dulu
Tuhan pernah uji
dari duit berlambak
sampai kami cuma tinggal RM 50 dalam tangan

ok aku bukan nak ckp pasal anak
tapi aku nak cakap pasal kita jadik menantu

kita walau dah kahwin 10,20,30 tahun pun
ingat satu
kau tetap org luar yang kahwin dengan anak/abg/adik diorang
yup kau dah masuk family dia
tapi u are not the real family
darah tetap lain lain
pintu keluar tetap lain lain
tetap sampai bila bila kau ader batas
aku tak ckp pasal batas aurat..tu semua tahu tak tahu ko bukak youtube search UAI cakap aper

tapi batas dalam menyuarakan sesuatu
batas dalam masuk campur hal hal kekeluargaan mereka
ko tak puas hati
kau cakap kat laki/bini kau
diaorg bincang adik beradik ko jgn plak dok tentukan apa yang perlu diaorg buat
jangan sebuk nak jadik mastermind
Jangan jadik macam Lebih kuah dari sudu.
sebab akan ada rasa tak puas hati kalau ader org luar yang melebih lebih dalam urusan family mereka

Jaga tingkah laku
jaga pergaulan kita
kalau panjang jodoh lama nak jumpa diaorg semua
ko seronok ker kalau laki kau serbasalah nak pilih bini ker pilih family
bukan ker tugas utama isteri menyenangkan hati suami suami
dan kau nak ker Tuhan tuh turun kan bala pasal ko pun sama sama racun suami kau supaya membelakang kan family dia

Yer kita manusia
mana kita boleh kawal kita kawal
kalau ader yang tak puas hati ngan mak mertua
Mintak lah pada Allah pemilik hati hati manusia
supaya dia lembutkan hati hati mereka....

Nah saper yang mak mertua tuh mcm kerek sikit
sebelum jumpa kau baca ni

YA Aziz,Ya Jabbar,YA Mutakabbir

Salam Tazkirah sempena Krismas nih..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan