Isnin, 30 September 2013

Terlebih pikir




Terjumpa quote ni kat Fb tiga empat hari lepas
Ayat simple..
Tapi terkesan dihati..

Kita manusia kadangkala lupa..ada benda di luar bidang kuasa kita..
Di situ lah wujud nya Tawakkal..
Yang perkataan nya kita tahu
Tapi lupa nak apply dlm kehidupan seharian..

Sesuai sangat untuk aku yang dok pikir apa akan jadi..apa akan jadi..
Mulai sekarang cuba berbuat baik pada hati
Bersangka baik pada Ilahi
Dia lebih mengetahui segala nya...

Khamis, 26 September 2013

Dugaan Rumahtangga dan komen manusia

Dekat Fb ada banyak page..aku pun sedar tak sedar kadang dah follow atau pun di masukkan secara paksarela ke page page tertentu..

Ada satu page aritu mengutarakan permasalahn rumah tangga..so ada sowang hamba Allah mengadu lah..masalah dia lebih kurang mcm ni

" Saya ada suami yang tidak solat dan tidak memberi nafkah.Tolong la saya apa yang perlu sya buat.dah berkali kali saya nasihat kan dia..tapi nampak nya belum berubah..."...

Ok adalah lagi dua tiga ayat masalah dia tapi pokok citer dia yang tu la...

So aku pun scroll la komen komen yang di berikan...

Aku ok..aku open ajerk tengok komen komen yang mengjangkau beratus komen

Tapi sacara kesimpulan nya aku jumpa  lebing kurang dua cabang ajerk penyelesaian yang orang dok komen tuh

1. Lain kali nak cari suami chek la...cari yang  tak solat kenapa..bla bla bla...
2 . sabar la..nasihat kan dia..bla bla bla..

Yang no 2 tuh aku ok..coz walau pun nasihat sambil lalu aku rasa at least ko bagi jalan..

Aku cuma nak komen balik komen n o 1 tu

Balik balik kalau aku jumpa pemasalahan yang macam ni bila di utara kan orang akan kondem ,kenapa ko cari laki tak solat,tak puasa,tak pi haji lagi,tak bayar zakat..tak itu tak ini ..waima orang yang di kata kan cerdik pandai agama pun bila aku tgk video depa ada yang cakap mcm ni..bagi aku ni bukan penyelesaian..ni ko salah kan dia..ko kondem dia..kalau ko bagi ceramah kat remaja or orang muda oklah kau nak gariskan semua ni

Ya..aku tahu..sangat tahu dalam Islam memang dah di garis kan mcmana nak cari calon hidup....so kenapa tak ikut? So skang amik la balasan nya..ko nak ckp mcm ni?..

Pernah tak terlintas satu senario mcm hi..aku rasa kita masa muda dulu familiar..

Satu couple,hangat bercinta...keluar tgk wayang,makan makan..buat itu buat ini..lelaki pun tak solat..mybe wanita pun tak solat..time tuh muda..lupa ..lupa pasal agama..lupa pasal mati..tak ingat pun..sebuk..sebuk kejar dunia ..sebuk nak enjoy...nak pulak ko bukan di besarkan dlm family yang mengamalkan cara hidup islam seratus peratuss..bukan family yang umor 7 thn dah suruh solat, bukan jenis family yang jenis solat jemaah..bukan jenis family yang duduk ramai ramai dengar hadis dengar tazkirah..so ko tak familiar..so bila ko jumpa laki/ bini ko yang sama jenis..ko rasa benda tuh normal..ko suka ko kawin..at least bagi aku KAHWin...

Dengan izin Allah..si bini dapat hidayah..dan Allah serta  dengan taufik..dia insaf..berdikit dikit nak mula kan serap kan ajarn islam dlm keluarga nucleus dia sekarang..tapi Allah duga...Allah bagi cubaan..Suami belum berubah..masih mcm dulu tak solat..si Isteri makin lama makin mendalami Islam makin rasa tertekan kerana org yg di sayangi belum berubah...

Ok..dia PUN nyatakan masalah atau lebih kepada rasanhati dia kat page page ,harap kan orang bagi bantuan or at least bagi cara apa dia boleh buat nak bagi suami dia berubah..

Dia tak  dpt penyelesaian atau keredaan hati sebalik nya..ORANG DOK UNGKIT KISAH SILAM APASAL KO CARI LAKI MCM TUH.....korang nak dia  rasa bersalah pasal pilih laki macam tuh sampai mati ker???seronok kan kondem salah org..seronok kan meneraka kan orang

Bagi aku kalau nak bagi komen bagilah komen membina,apa yang dia perlu buat..bimbing dia..selami  masalah dia..letak diri kita kat tempat dia..doakan dia...moga moga Allah mendengar doa dia dan kita..

Aku tak  tahu mungkin aku salah..tapi bukan kan nama jodoh kita telah tertulis di Luh Mahfuz..cuma keperibadian nya di ukur dengan keperibadian kita


Kowang pernah dengar tak Allah tu lebih suka mengdengar rintihan dari hamba nya yang berdosa berbanding pujian pujian..mungkin kalau laki dia berubah dia akan jadi hamba yang benar benar insaf dan setulua nya mndalami agama Allah


Maybe ni tak jadi kat kita or belum jadi kat keliling kita..tapi jgn lupa bukan rezeki sahaja datang dengan cara yang tak  terduga..dugaan dan ujian Allah pun kadang dtg dengan cara yang kita tak sangka..mungkin adik kita,sedara kawan baru kita akan hadapi dugaan ..so kita nak ckp kat dia.." Ha ko cari laki mcm tu kenapa.?

Ok ok..aku cuma nak cakap..kita jgn dok tgk punca masalah la..ok ko boleh  tgk,punca masalah sebagai pedoman dan teladan..tapi kita tak payah la nak ungkit ingat kan org tuh 10001 kali mcmana benda ni boleh jadi..kita mungkin akan mematah kan semangat dia dan menambah kesengsaraan di hati dia..ibarat kata org putih if have no good things to say just keep quite..

Ok panjang pulak aku punya lintasan hari ni..hahahhaha



Jumaat, 20 September 2013

25 thn

Mengikut kajian bila start umur 25 kadar metabolisma menutun
Semakin umur meningkat semakin metabolisma turun...

So adakah semakin kita tua,semakin sikit la kita bole makan???

Jenuh la pemakan pemangsa seperti aku

Isnin, 16 September 2013

Quote 160913 -MIL

Aku tgh basuh pinggan,Dia tgh lap kitchen...
Aku tanyer..sedara yang sorang  tuh dr raya tak jumpa Mak
Tak rindu ker?

Dia ckp..rindu tak ada dlm hidup diaorg..
Aku diam...
Basuh balik pinggan
Tapi aku ternampak nampak muka MIL aku

"Never underestimate the power of a motherthe love,the carethe patient and the prayer"

Never tease the patient of a mother,takut takut hilang doa seorang ibu..

Walau ko pandang remeh benda ni

Tapi Maha besar di sisi Nya...

Allah ya Rabb

Ahad, 15 September 2013

keturunan aku dtg dulu..nak wat camana

aku paste jer..isu ni dah lama,tapi entah apsal tertiba terlintas kat fikiran aku

PANASS!!! SEBENARNYA MELAYU PUN PENDATANG DI MALAYSIA INI!!-DAP

klik lah link tuh kalau nak lebih jelas..

hhahaha..

aku cuma nak cakap..memang lah kitaorg pendatang..tapi

SAPA DATANG DULU.?????? MELAYU KAN!!!!!!!!!!!!!

.LOL..

hahahhahah lu pkir la sendiri..

Rabu, 11 September 2013

4 syarat wanita ke syurga

aku pandang wajah dia yang sedang tidur...

4 syaratmwanita nak masuk syurga

Solat

Puasa

Jaga Maruah

Mentaati suami....

Tak payah hurai kita semua dah sedia maklum kan pasal 4 syarat tuh

Aku pandang lagi muka dia..

Aku teringat ada uztaz ckp...

Rasullah s.a.w nampak banyak perempuan kat neraka
Tanya pada Jibrail knpmbanyak wanita nih

Jibrail reply balik

Ni wanita wanita yang menyakiti suami dengan LiDAH  nya



Ustaz  tu ada ulas lagi

3 syarat utama tuh banyak wanita boleh laksanakan

Tapi yang last tuh ramai tergelincir,aku tak nafikan memang pun...
Aku pun selalu tergelincir..kadang rebah terus bila hati dah sakit

Dulu masa time bercinta bertunang,aku rasa dah banyak dosa..nak cepat kahwin elak dosa
Sekarang nih..

Aku rasa lagi banyak dosa dok lawan ckp dia...sakitkan dia...

Dia suami yang baik...walau belum sepenuh nya...




Khamis, 5 September 2013

Tanda aras Kebahagian

Mood nak copy and paste ajerk ari nih..walaupun benda nih berangkai rangkai dalam urat kepala aku

ok mari kita menyelami makna KEBAHAGIAN aku copycat kat sini 

"

Kebahagiaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2010 - A year plenty of Hopes.jpg
Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makananpakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakitkelaparan, danperang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasastatus, dan kekayaan."

betul aku agree!!

kebahagian berbeza beza mengikut keperluan seseorang.
kau tak boleh cakap tak ader duit orang tuh tak bahagia
kau juga tak boleh cakap ada duit confirm bahagia
kau tak leh cakap dapat bini cantik tak bahagia
kau tak leh cakap gak dapat bini hodoh confirm bahagia..

Mak mertua aku cakap pada suatu petang tgh lepak ramai-ramai
 " duit bukan sebab kebahagian"....kata dia mengulas tentang isu petang tuh

tapi kata menantu dia yang sorang tuh dia perlukan duit gak nak bahagia..

Menantu lain la bukan aku..kakkakakak

aku plak cakap kat Duit baja bina Kebahagian....(aku ckp belakang belakang jer)

kau tak setuju..????
.tak kisah boleh buat quote sendiri..
sebab untuk buat ko bahagia berbeza dengan sebab yang memboleh kan aku rasa bahagia....

Rabu, 4 September 2013

Selasa, 3 September 2013

kau yang sempurna

Terleka dalam mencari kesempurnaan...
Sehingga terlupa tiada yang sempurna...


Kita mudah lupa bukan...
Kita juga tidak sempurna..

Pantun naik minyak

Orang melayu banyak berpantang
Sudah ikutan turun temurun
Ko isi minyak bergantang gantang
Bukan boleh tahan bertahun

# ni pantun sebab aku hangin jammed satu kawasan perumahan aku sampai umah mak aku pasal orang nak isi minyak coz kerajaan 40% ko ni naik kan harga minyak...wei korang tahu tak matawang kita lemah sejak beberapa minggu lalu berbanding dollar...dah jgn nak jakun sangat isi minyak..phone samsung smartphone semua keluar beribu ribu ko bayar...ni ko bising sgt..yupp harga brg confirm naik..aku pun pening kepala gak..

Ok dah walau naik baper sen aku tetap isi minyak aku rm 10 setiap kali aku isi minyak.