Khamis, 26 September 2013

Dugaan Rumahtangga dan komen manusia

Dekat Fb ada banyak page..aku pun sedar tak sedar kadang dah follow atau pun di masukkan secara paksarela ke page page tertentu..

Ada satu page aritu mengutarakan permasalahn rumah tangga..so ada sowang hamba Allah mengadu lah..masalah dia lebih kurang mcm ni

" Saya ada suami yang tidak solat dan tidak memberi nafkah.Tolong la saya apa yang perlu sya buat.dah berkali kali saya nasihat kan dia..tapi nampak nya belum berubah..."...

Ok adalah lagi dua tiga ayat masalah dia tapi pokok citer dia yang tu la...

So aku pun scroll la komen komen yang di berikan...

Aku ok..aku open ajerk tengok komen komen yang mengjangkau beratus komen

Tapi sacara kesimpulan nya aku jumpa  lebing kurang dua cabang ajerk penyelesaian yang orang dok komen tuh

1. Lain kali nak cari suami chek la...cari yang  tak solat kenapa..bla bla bla...
2 . sabar la..nasihat kan dia..bla bla bla..

Yang no 2 tuh aku ok..coz walau pun nasihat sambil lalu aku rasa at least ko bagi jalan..

Aku cuma nak komen balik komen n o 1 tu

Balik balik kalau aku jumpa pemasalahan yang macam ni bila di utara kan orang akan kondem ,kenapa ko cari laki tak solat,tak puasa,tak pi haji lagi,tak bayar zakat..tak itu tak ini ..waima orang yang di kata kan cerdik pandai agama pun bila aku tgk video depa ada yang cakap mcm ni..bagi aku ni bukan penyelesaian..ni ko salah kan dia..ko kondem dia..kalau ko bagi ceramah kat remaja or orang muda oklah kau nak gariskan semua ni

Ya..aku tahu..sangat tahu dalam Islam memang dah di garis kan mcmana nak cari calon hidup....so kenapa tak ikut? So skang amik la balasan nya..ko nak ckp mcm ni?..

Pernah tak terlintas satu senario mcm hi..aku rasa kita masa muda dulu familiar..

Satu couple,hangat bercinta...keluar tgk wayang,makan makan..buat itu buat ini..lelaki pun tak solat..mybe wanita pun tak solat..time tuh muda..lupa ..lupa pasal agama..lupa pasal mati..tak ingat pun..sebuk..sebuk kejar dunia ..sebuk nak enjoy...nak pulak ko bukan di besarkan dlm family yang mengamalkan cara hidup islam seratus peratuss..bukan family yang umor 7 thn dah suruh solat, bukan jenis family yang jenis solat jemaah..bukan jenis family yang duduk ramai ramai dengar hadis dengar tazkirah..so ko tak familiar..so bila ko jumpa laki/ bini ko yang sama jenis..ko rasa benda tuh normal..ko suka ko kawin..at least bagi aku KAHWin...

Dengan izin Allah..si bini dapat hidayah..dan Allah serta  dengan taufik..dia insaf..berdikit dikit nak mula kan serap kan ajarn islam dlm keluarga nucleus dia sekarang..tapi Allah duga...Allah bagi cubaan..Suami belum berubah..masih mcm dulu tak solat..si Isteri makin lama makin mendalami Islam makin rasa tertekan kerana org yg di sayangi belum berubah...

Ok..dia PUN nyatakan masalah atau lebih kepada rasanhati dia kat page page ,harap kan orang bagi bantuan or at least bagi cara apa dia boleh buat nak bagi suami dia berubah..

Dia tak  dpt penyelesaian atau keredaan hati sebalik nya..ORANG DOK UNGKIT KISAH SILAM APASAL KO CARI LAKI MCM TUH.....korang nak dia  rasa bersalah pasal pilih laki macam tuh sampai mati ker???seronok kan kondem salah org..seronok kan meneraka kan orang

Bagi aku kalau nak bagi komen bagilah komen membina,apa yang dia perlu buat..bimbing dia..selami  masalah dia..letak diri kita kat tempat dia..doakan dia...moga moga Allah mendengar doa dia dan kita..

Aku tak  tahu mungkin aku salah..tapi bukan kan nama jodoh kita telah tertulis di Luh Mahfuz..cuma keperibadian nya di ukur dengan keperibadian kita


Kowang pernah dengar tak Allah tu lebih suka mengdengar rintihan dari hamba nya yang berdosa berbanding pujian pujian..mungkin kalau laki dia berubah dia akan jadi hamba yang benar benar insaf dan setulua nya mndalami agama Allah


Maybe ni tak jadi kat kita or belum jadi kat keliling kita..tapi jgn lupa bukan rezeki sahaja datang dengan cara yang tak  terduga..dugaan dan ujian Allah pun kadang dtg dengan cara yang kita tak sangka..mungkin adik kita,sedara kawan baru kita akan hadapi dugaan ..so kita nak ckp kat dia.." Ha ko cari laki mcm tu kenapa.?

Ok ok..aku cuma nak cakap..kita jgn dok tgk punca masalah la..ok ko boleh  tgk,punca masalah sebagai pedoman dan teladan..tapi kita tak payah la nak ungkit ingat kan org tuh 10001 kali mcmana benda ni boleh jadi..kita mungkin akan mematah kan semangat dia dan menambah kesengsaraan di hati dia..ibarat kata org putih if have no good things to say just keep quite..

Ok panjang pulak aku punya lintasan hari ni..hahahhaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan