Ahad, 29 Disember 2013

Seni mengajar anak

Sebelum ada anak memang nak sangat lah ader anak
seronok kot NAMPAK orang ader anak
yer lah yang kat luar nampak best
tapi yang terselindung kat belakang kita pun tak tahu
aku pun tak tahu sebelum aku dapat anak..

tak bukan aku mengeluh pasal dapat anak
Dia pun penah cakap benda ni bukan boleh di patah patah balik
cuma tipu lah kalau aku cakap aku tak penat
tipu cakap kalau kekadang aku tak tension
tipu cakap kalau aku tak mengeluh
tapi satu yang aku pasti
Hati aku selalu penuh dengan kasih sayang ke anak aku nih
anak sorang kan,nak plak aku jaga dia 24 jam.
tido pun bawah ketiak...

Cuma lately aku perasan
sejak dia dah tak nyusu badan lagi
dia menyusu sampai umor 3 tahun
Dia ada semacam rebel skit
kuat merajuk
memerintah
marah
kadang depan orang dia terjerit jerit
aku malu jah
aku malu

kadang aku lupa teori seni keibubapaan
aku amik rotan aku slash dua tiga kali
bagi puas hati aku
tak pun aku jerit histeria
kalau dah 5 kali aku cakap dia tak nak dengar
YES dia takut..aku amik jalan mudah senang citer
bila marah tinggi suara,amik rotan tak pun aku cubit
SETTLE..

Tapi lately aku nampak sesuatu yang aku lupa pada mula nya
anak anak akan ikut cakap kita 20-30% jerk
selebih nya..
aku ulang yang selebih nya dia akan ikut apa yang kita buat
dan Ya
Araz dah start marah macam aku
mengeluh pun macam aku
start nak pukul2
start histeria bila tak dapat sesuatu macam Aku

Aku ulang macam aku...

Dia baru 3 tahun..

Aku kena ubah nih
aku kena banyak sabar
Dia cakap takut araz membesar jadik kasar
aku tak nak
aku nak araz macam DIA
lembut,sopan gentle..
aku tak nak dia macam aku..

ni azam aku sempena 2014
aku nak cuba lembut dengan dia..
Boleh ker????
Kita cuba kita cuba..



 

2 ulasan:

  1. salam ,
    Walaupun saya x ada anak ...tapi saya ada ramai anak2 buah..memang kadang saya perati ada sesetengah anak buah ikut perangai mak dia..marah-marah... sebab mak dia selalu marah dia .. haha . tp yerla , budak-budak kan .. dia mmg mengikut je ape yang dia nampak ...

    Azam baru tu sy suke! chaiyok !! hehe ..

    (mmm...x sabar pulak nak ada anak .. mcm mane la anak aku nanti)

    BalasPadam
  2. hahah first day dah kantoi..kena selepuk gak tadik..dah abis kontrol..dah abis kontrol..tp terlepas gakkk

    BalasPadam