Khamis, 2 Januari 2014

Lihat Warna Itu


Aku lihat ke kiri,kanan depan dan belakang
banyak warna
tapi kanvas ni nampak kusam
nampak kelam
banyak warna warna suram
walau terselit warna warna pastel
tetap nampak muram..
ruang dah abis
semua 365 petak telah ada warna nya
kena buka kanvas baru
takut nak pegang berus
takut ada lagi warna hitam
tapi kena lukis juga
nak amik warna ceria
nak amik warna gembira
Tolong lah
Bagi warna warna lembut
buat seimbang kan warna yang kusam dulu..

Mohon Ya Rabb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan