Selasa, 14 Januari 2014

Empty pocket teaches you a million things in life



Sejak susah aku belajar banyak perkara
perkara perkara yang kadang kita lupa dalam hidup kita
Indah sungguh perjalanan yang Allah rancang kan untuk kita
even untuk mengajar kita pun tuhan jadikan dalam pelbagai cara

Dulu aku malas nak usaha
aku nak benda benda tuh datang macam tuh ajerk
contoh nya aku nak pandai bakar kek
aku nak first time aku buat kek aku dah ranum dah sedap
orang puji gila gila
aku tak boleh terima kenyataan kalau first time buat tuh
kek bantat ker,mendap ker,hangus ker,keras ker
aku nak macam aku ni gifted
buat buat terus teror
terus famous macam orang jual online kek tuh
aku dream tinggi sangat
aku tak leh terima kenyataan
bila tak ok
aku terus patah semangat
masa tuh duit ada kan
so apa lagik buat benda lain la pulak pastu tak mejadi
hancuss buat lain pulak

ada anak pun mcm tuh
aku nak terus terus anak aku ikut apa yang aku rancang
aku nak bf la
aku nak branded items la
aku nak botol susu Avent la
itu ini begitu begini
tapi aku lupa
Anak itu ada roh
ada hati ada perasaan walaupun dia masih kecil
Anak tak keluar sekali dengan buku manual
aku kena bertatih jugak untuk belajar mengenali anak sendiri
aku kena study jugak apa yg ok dan tak ok untuk dia
aku kena start belajar untuk respect pilihan dia selagi apa yg dia choose tu ok
bila susah aku kena start berpikir selain Avent ada lagik botol susu yang ok untuk anak
selain Pumpkin Patch, Miki pun cantik cantik gak baju untuk anak aku
aku kena start berpikir luar dari ruang keselesaaan aku

sebelum ada anak
kita kahwin
potong jari lah kalau ko kahwin terus terus ko rasa serasi
dulu aku tak percaya orang kata even dah kawan lama ko hanya kenal pasangan ko 20-30 peratus sahaja
ha skang nak bagitahu
MEMANG pun..

bila ko dah kahwin baru ko kenal orang tuh bebetul
orang lain, darah daging lain, jantina lain and definitelyla lain perangai nya
ko kena study gak
ko kena amati jugak
ko kena alami jugak
memang ada banyak buku kat luar tuh pasal perkahwinan
pasal anak
tapi benda tuh semua secara general ajer
apa yang baik kat orang lain tak semesti nya baik kat perkahwinan ko
apa yang tak serasi kat orang lain mybe the best way untuk anak ko
tapi apa yang penting kena sabar
kena belajar
memula memang susah..insyaAllah lama lama dah adapt oklah tuh

ada satu hari tuh kat kedai mak aku
tgh aku gossip gossip dengan dia
dia cakap
"mana boleh nak terus terus berlari,mula mula kena lah bertatih"
mak aku pun masa mula berniaga menangis berlinang air mata jerk tiap tiap malam
sekarang siap boleh tidor kuak lentang kat kedai dia...


Awak
Allah mengajar kita dalam pelbagai cara
i'm glad u still here
hanging there dear

InsyaAllah everything gonna be ok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan