Ahad, 10 November 2013

Atkin Diet dan Perang nafsu...

Pernah dengar atkin diet?
Kalau tak pernah sila google untuk perjelasan yang lebih...
kat Fb pun diaorg dah tubuh kan kelab diet atkin malaysia

Aku terpanggil ..(wah terpanggil ayat di situ)
Aku terpanggil nak try atkin diet lepas tengok sowang coursemate aku masa kat U dulu kurus
ni depan mata nih bukan aku tengok testimoni orang yang aku tak kenal
so aku pun tanyer dia,dia ckp dia buat Atkin Diet or low carb diet..

secara kasar nya Atkin diet ni kita tak boleh amik nasi/mee atau apa sahaja yang seangkatan dengan nya..
nampak tak step pertama...makanan ruji rakyat malaysia nih ko tak leh ambil

pastu tak leh makan gula..gula dlm apa sahaja bentuk nya
so kalau nak try 'Atkin diet ko kena sanggup nak korban kan big apple donut,sneaker,kopi susu,mocha ice blenden,Cappucino Grande topped with caramel,Segala mak nenek roti sedap The Loaf.ABC..roti bom..rojak..yong tau foo...yada yada yada....nampak tak penyeksaan batin di situ...Penyeksaan batin bagi pemakan tegar seperti aku..

Nasib baik boleh makan benda benda protein
telur,ikan,ayam daging sayur hijau..
tapi tak ader nasi kau tak akan rasa kenyang dengan erti sebenar kan..
hahhahahah


*CRY*

secara jujur nya aku dah baper kali tersasar dah pun..
tak mampu nak jujur pada diri
Dia cakap.." secara jujurnya saya kesian tengok awak diet..sebab makan tuh passion awak..awak suka makan"
in fact dia pernah letak segenggam nasi kat pinggan aku time aku makan ayam goreng tanpa selera...

tapi kena buat jugak..
sejak dating cintan cintun dengan Dia berat naik mendadak
tak nak lah di gelak mak badak..
anak sorang perut gendut macam anak lima
nak plak aku ceaser
masa pantang malas bengkung
konon susah nak cangkung..
skang amik kau...

Aku dah berapa lama tak update gambar kat Fb ker,Whatsapp ker
jumpa kenkawa pun malu
pasal mulut mulut manusia kan
kadang lesen dah expired
sesedap cakap "Zara kau nampak 'SIHAT'..kat status timeline FB aku
bagi semua org senyum kan..
aku pun senyum..senyum kelat..

Dah lah aku nak sambung diet balik..
tak tahu baper lama aku boleh tahan...

Nasi beriani..*sigh*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan