Jumaat, 31 Januari 2014

Abah

Sayang abah...
Takdir meragut secara tiba tiba
Tidak sempat untuk segala nya..

Abah
Doa untuk abah
Itu yg termampu
Abah
Aku mahu abah

Isnin, 27 Januari 2014

Percutian jiwa

Pernah tak kowang dengar lagu lagu yang best sekali
Terasa masuk dalam jiwa..
Terasa jiwa kau hanyut di buai lagu
Kadang kadang bila aku dengar lagu lagu lama
Nak nak lagu rock kapak zaman zaman muda dulu
Terasa macam hilang
Masuk dalam lagu
Ibarat satu percutian jiwa
Yang singkat tapi tenang dan best giler

Aku suka dengar sinar ni
Memang selalu aku hilang..

Jumaat, 24 Januari 2014

Niaga Jumaat


thari tadi dok aku sidai baju kat beranda aku terdengar khutbah Jumaat
Masjid sepelaung ajer dari umah aku, pastu Masjid berada di kedudukan strategik atas bukit
so clear la aku dengar

Imam tu cakap kan
bangsa terdahulu
Bangsa paling bagus sekali ,bangsa Israel aka  Yahudi
Allah perintahkan diaorg beribadah satu hari setiap hari Sabtu
Mula mula depa buat la
pastu lelama
Diaorg tak buat
diaorg berurusniaga plak hari tuh
time tuh lah hari Manyak untung
Hari Sabtu plak hari banyak ong
ikan senang tangkap
urusniaga senang pada hari itu
so Allah bagi cash kat bumi
jadi kaum paling di Laknati

Kita ni plak
Orang Islam sebenar nya tak boleh berurusniaga dari Azan Jumaat sampai lah Imam bagi salam Solat Jumaat
haram berurusniaga time ni
Kowang tahu??
Aku ngaku nih aku baru tahu
Berapa orang ,orang kita tahu???

Allahualam..

Imam tuh cakap yang skang nih dok meniaga kat masjid tuh bukan fenomena yang cantik la
nak plak orang dok azan jumaat ko tengah layan cendol..
pastu yg jual cendol pun tak pi Solat Jumaat
sebuk basuh mangkuk cendol ...jap lagi lepas solat org nak makan cendol lagi
so double celebration di situ

ok dude
Salam Jumaat

Isnin, 20 Januari 2014

Tetes Air


"manusia ni pun macam batu gak..lama lama titis dek air ,berlekuk jugak "

aku senyum,terasa gatal nak tanyer

 "awak pulak?"

Dia
 "saya pun manusia jugak"

Double senyum
jadi air lah tak jemu menitis
tapi mampu ker??

Khamis, 16 Januari 2014

Msg whatsapp


Minggu lepas

" 2 orang ajak aku kahwin ja,tapi dua dua kahwin dgn orang lain"

Sebak

Diam
Kelu

Pagi ni

" aku mimpi aku pergi yan kahwin,tapi aku huru hara kan majlis dia,perempuan tu halau aku"

Mainan hati
Berat
U have to let go

Rabu, 15 Januari 2014

Duhai Anak

Aku tak pernh terfikir nak layang tangan pada anak aku,apatah lagi rotan
Aku dulu harap sangat aku dapat ada kan environment yang harmoni untuk dia
Zaman kanak kanak aku suram
Bapak aku garang giler

Tapi aku tak tahu knp sekarang perangai anak aku betul betuk mencabar tahap kesabaran aku
Terlalu manja kah dia?
Terlalu garang ker aku?
Kurang perhatian kah?

Setahu aku sepenuh perhatian untuk dia saja,aku berhenti kerje untuk jaga dia.
Aku masak,aku suap,aku lap mulut dia
Almost 21 jam sehari dia dgn aku
Tidur pun bawah ketiak aku..
Mana silap aku
Mana salah aku

Aku penat

Rasa hati



kau..ya kau..
kau yang Terindah
Jangan bertukar menjadi Igauan ngeri
kerana aku takut untuk menghadapi
tetap lah di tempat mu
menjadi bintang dan matahari