Khamis, 16 Oktober 2014
Ahad, 14 September 2014
Khamis, 5 Jun 2014
Bukan perempuan cinta pertama
Ya
Aku bukan cinta pertama
Bukan gadis manja
Bukan gadis manis
Bukan juga cantik yg dipuja
Jauh sekali wanita idaman atau dambaan
Dan aku tak ada dlm jelajah sejarah kehidupan kau yg dulu
Tapi aku ada hari ini
Dengan izin tuhan juga dihari hari mendatang
Memandang tinggi dan jauh kedepan
Memastikan sebuah kebahagian
Biarpun dengan seribu kelemahan
Dan lelahan
Ya
Aku tidak menarik pun pada pandangan pertama.....
Selasa, 29 April 2014
Hidup seribu tahun
" kita kan kena berkerja macam nak hidup seribu tahun,awak tak pernah dengar ker" kata Rahman.
" yer bang,tapi sambung nyer awak tak pernah dengar ker,beribadah mcm kita nak mati esok..jgn amik yang depan shj".. Rahmah pua menyahut
Suasana sepi
Rahman mengetuk ngetuk papan kekunci laptopnya...
Khamis, 24 April 2014
Lelaki
Dia lelaki
Mereka lelaki
Kembalikan hak itu
Kembalikan kepada mereka...
Jangan di rampas
Jangan di persoal lagi
Mereka lelaki lelaki yg baik...
Khamis, 17 April 2014
Titian
Dalam hidup ni kita akan selalu kena buat pilihan
A atau B
Ya atau tidak
Yes or No
No such things macam tengah tengah la
Atau tak tahu la
Dan kalau kita perasan dlm hati kita selalu nya dah ada jawapan pun
Dah ada pun pilihan tu
Cuma sama ada kita takut atau ragu ragu atau tak pasti atau apa sahaja alasannya
Cuma yang pasti di akhirnya kita tetap kena buat pilihan
Macam di sana kelak
Sama ada syurga atau neraka
Tak adalah pulak tergantung berdiri kat titian mustaqim tu selama lama nya kan
Jumaat, 14 Mac 2014
bunuh mati
" Ha u nak bunuh saper plak,u jgn macam macam.."jawap hamba Allah terkejut
"tak i nak dia bunuh i..i dah tak ader apa-apa"jawap si polan terlupa hukum Allah
ni perbualan sebenar
seorang manusia dengan manusia yang lain....
Aku bukan nak komen banyak
aku bukan manusia yg tebal ilmu keimanan mahupun ketuhanan
kita manusia
dah sifat nya lemah,sifat nya lupa
tapi kufur dan memutus asa pada kehidupan bukan lah ajaran islam aku rasa
Kau dah tahu untung nasib kau bila kau mati nanti
kau dah tahu ker tempat letak duduk nya kau bila mati nanti
Dah confirm confirm ker boleh jawap soalan 2MALAIKAT
dah tentu tentu ker lubang kubur kita tuh lubang lubang syurga..
tak payah jawap
aku pun tahu kau pun tak tahu...
Ya kita manusia
sampai di suatu simpang kita rasa semua hilang
semua pergi,rasa macam sorang sorang lalui hidup ini
tapi putus asa,mintak mati sebenar nya menaikan lagi satu darjat dalam diri
Darjat kekufuran dan kehinaan
Demi asa yang kian terputus
berdoalah ,mohon pada Nya agar di temukan jalan
percaya lah ,redha lihat kembali pada dalam diri
kerana kebanyakan yang berlaku asas dan akar nya
kerana diri kita sendiri..
Pulang lah sebelum tuhan makbulkan permintaan yang sebenar nya kau tak mahu itu...
Ingat mati itu sunat
mohon mati itu larangan keras dalam islam
kesusahan dan dugaan itu kafarah dosa
kita kan manusia para pendosa
Sujudlah Allah suka mendengar rintihan hamba nya