Jumaat, 14 Mac 2014

bunuh mati

" u ada kenal orang boleh bunuh orang tak.."tanyer si polan kepada si polan
" Ha u nak bunuh saper plak,u jgn macam macam.."jawap hamba Allah terkejut
"tak i nak dia bunuh i..i dah tak ader apa-apa"jawap si polan terlupa hukum Allah

ni perbualan sebenar
seorang manusia dengan manusia yang lain....

Aku bukan nak komen banyak
aku bukan manusia yg tebal ilmu keimanan mahupun ketuhanan
kita manusia
dah sifat nya lemah,sifat nya lupa
tapi kufur dan memutus asa pada kehidupan bukan lah ajaran islam aku rasa

Kau dah tahu untung nasib kau bila kau mati nanti
kau dah tahu ker tempat letak duduk nya kau bila mati nanti
Dah confirm confirm ker boleh jawap soalan 2MALAIKAT
dah tentu tentu ker lubang kubur kita tuh lubang lubang syurga..
tak payah jawap
aku pun tahu kau pun tak tahu...

Ya kita manusia
sampai di suatu simpang kita rasa semua hilang
semua pergi,rasa macam sorang sorang lalui hidup ini
tapi putus asa,mintak mati sebenar nya menaikan lagi satu darjat dalam diri
Darjat kekufuran dan kehinaan

Demi asa yang kian terputus
berdoalah ,mohon pada Nya agar di temukan jalan
percaya lah ,redha lihat kembali pada dalam diri
kerana kebanyakan yang berlaku asas dan akar nya
kerana diri kita sendiri..

Pulang lah sebelum tuhan makbulkan permintaan yang sebenar nya kau tak mahu itu...

Ingat mati itu sunat
mohon mati itu larangan keras dalam islam
kesusahan dan dugaan itu kafarah dosa
kita kan manusia para pendosa
Sujudlah Allah suka mendengar rintihan hamba nya