Rabu, 26 Februari 2014

Bulan bintang sang suria bagai saksi janji kita

"Ehhhh matahari
Untung kau jadi matahari
Brsinar,terang dan jadi keperluan semua makhuk bumi.."
Berkata sang bulan kepada mentari

"Ehhhh yerker
Syok lagik jadi rembulan
Sejuk,damai dan jadi sumber inapirAsi
Iri hati melihat kau dipuji di tenung senang hati"
Kata pula sang mentari kepada rembulan

"Ehh tengok tu bintang kejora
Cantik kan bersinar sinar
Cantik mcm berlian
Berkelip kelip di awan kelam.."

Kita lihat sana
Kita Lihat sini
Kadang tak nampak apa yang ada pada diri
Banding banding kan
Sakit nya memakan diri

Khamis, 20 Februari 2014

Lembah penghinaan dan perderhakaan

Ya Allah
Jangan kau bolak balik kan hati kan
dan menjadi kan aku dari golongan
isteri isteri
yang mengheret suami  ke lembah
penghinaan dan penderhakaan

Golong kan aku
dalam isteri isteri yang senantiasa
mendoakan kebaikan dan menggalakan
ikatan persaudaraan dan jalinan ibu dan anak nya

Sabtu, 15 Februari 2014

Apa itu cibta gedik

Apa itu cinta?

"Cinta itu pabila saya masak nasi lemak dan terlembik tapi si dia kata tak apa saya mkn nasi lembik"

*update ala ala twitter gitew*

Gedix!

Rabu, 12 Februari 2014

Mereka tanyer "atok mana'

sebagai cucu pertama anak aku memang lah kesayangan buah hati Arwah Atuk
sangat rapat
sangat sayang
Jangan lah aku nak marah ker,jegil atau cubit depan abah
abah yg akan terasa hati
abah yg akan putus selera makan
abah yg akan cakap dengan mak aku "kakak tuh asyik marah cucu abah jerk"
abah yang akan cakap kat hubby aku "jgn gaduh depan cucu abah"

Waktu abah meninggal araz sayu
dari riak muka nampak dia sedih
masa kebumi dia tengok sampai atuk di timbus tanah
kepala lentok kat bahu peluk aku erat
tapi dia tak tanyer
dia diam tak tanyer aper aper pun
dia tak berlari,tak melompat,tak nangis
cuma mata dia pandang liang sambil peluk aku

naluri budak maybe dia paham ikut pemahaman dia

Sampai hari ini pun dia tak pernah tanyer
aku suami isteri pun tak tanyer banyak
cuma sekali aku pernah la tanya
sajerk nak tengok isi hati dia
"Anak ibu, mana atuk??
"atuk sakit ibu,atuk duduk dalam hole,org letak batu kat atuk.Nanti atuk baik atuk main dengan saya,atuk sayang saya"
ok sampai situ jerk
aku tak nak tanyer lelebih
pasal aku yg akan terlebih hiba
hubby aku pun tak nak orang selalu tanyer
untuk apa kan

ok
 tapi yang aku tak puas hati org sekeliling nih
kadang pantang nampak muka anak aku dia org tanyer
atuk mana? atuk mana ?
sekali ok
dua kali menyirap
tiga kali macam aku nak meleser
tapi yg tanyer tuh plak org tua tua
berkali kali tanyer
Motifff??? ko nak tengok apa dia jawapkan
untuk apa
sedap kan hati
hiburan
gossip
atau nak selongkar alam ghaib kot kot anak aku balas
" ehh atuk ada tadik main dengan saya???

kadang nak ajerk aku tolong jawap kan
"Atuk dah meninggal ader dlm kubur kat tmn batu muda tuh,dari dok tanyer tanyer baik tolong baca kan fatihah"
dah dah lah org kita ni
suka sangat soalan soalan yang entah apa apa
suka sangat nak menyedap kan telinga tak fikir perasaan orang..
kau tengoklah bila jadik kat kau nanti

Bongok..


Sabtu, 8 Februari 2014

Pecah

Jiwa dalam dada ni rasa sesak
Dada rasa nak pecah
nak aku hambur kan
nak aku luah kan
nak aku jerit kan
tapi siapa yang akan faham

kau tahu apa yang sakit
bila orang yg kau tak sangka buat benda yang kau sendiri tak sangka
sakit
perit
jerih

nak ajerk aku hilang
bawak 2 lagik tubuh itu menemani aku hilang
hilang dari realiti

"reality hurt because the truth bites"

arghhhh!!!!

Rabu, 5 Februari 2014

Zahirkan

Andai di fizikal kan jiwa ini
Akan terzahir sekujur tubuh lemah
Menangisi sebuah pemergian..

Ahad, 2 Februari 2014

Ingatan merentap

Pagi ni seminggu abah pergi
Aku bangun pagi cadang nak pergi rumah mama,time time mcm ni kekuatan keluarga amat di perlukan
Aku ckp pada Dia
" hari ni saya masak kat umah mama,nanti awak dtg sana"
Dia diam
"Esok semua akan kembali normal,semua akan seperti sedia kala" aku ckp kat dia sambil pandang muka Dia

" tak awak,keadaan tak akan jadi sama,keadaan tak kan jadi seperti sedia kala"Kata dia sambil pandang aku...

Diam,terkaku
Ingatan itu merentap

Abah....

Abah....