Ahad, 29 Disember 2013

Seni mengajar anak

Sebelum ada anak memang nak sangat lah ader anak
seronok kot NAMPAK orang ader anak
yer lah yang kat luar nampak best
tapi yang terselindung kat belakang kita pun tak tahu
aku pun tak tahu sebelum aku dapat anak..

tak bukan aku mengeluh pasal dapat anak
Dia pun penah cakap benda ni bukan boleh di patah patah balik
cuma tipu lah kalau aku cakap aku tak penat
tipu cakap kalau kekadang aku tak tension
tipu cakap kalau aku tak mengeluh
tapi satu yang aku pasti
Hati aku selalu penuh dengan kasih sayang ke anak aku nih
anak sorang kan,nak plak aku jaga dia 24 jam.
tido pun bawah ketiak...

Cuma lately aku perasan
sejak dia dah tak nyusu badan lagi
dia menyusu sampai umor 3 tahun
Dia ada semacam rebel skit
kuat merajuk
memerintah
marah
kadang depan orang dia terjerit jerit
aku malu jah
aku malu

kadang aku lupa teori seni keibubapaan
aku amik rotan aku slash dua tiga kali
bagi puas hati aku
tak pun aku jerit histeria
kalau dah 5 kali aku cakap dia tak nak dengar
YES dia takut..aku amik jalan mudah senang citer
bila marah tinggi suara,amik rotan tak pun aku cubit
SETTLE..

Tapi lately aku nampak sesuatu yang aku lupa pada mula nya
anak anak akan ikut cakap kita 20-30% jerk
selebih nya..
aku ulang yang selebih nya dia akan ikut apa yang kita buat
dan Ya
Araz dah start marah macam aku
mengeluh pun macam aku
start nak pukul2
start histeria bila tak dapat sesuatu macam Aku

Aku ulang macam aku...

Dia baru 3 tahun..

Aku kena ubah nih
aku kena banyak sabar
Dia cakap takut araz membesar jadik kasar
aku tak nak
aku nak araz macam DIA
lembut,sopan gentle..
aku tak nak dia macam aku..

ni azam aku sempena 2014
aku nak cuba lembut dengan dia..
Boleh ker????
Kita cuba kita cuba..



 

Jumaat, 27 Disember 2013

ketidak adilan dalam kasih sayang

aku anak sulung dari 3 beradik dan gap antara aku ngan adik adik aku agak jauh
dengan yang no 2 gap 5 thn
dengan yang no 3 pulak 9 tahun
Lama kan masa aku dpt bermanja dengan mak aku..
tak manja sangat pasal mak aku ni moody skit..wawawawa

Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan yang mak aku nih melebih kan adik adik aku dalam banyak perkara
aku masih ingat time aku sekolah rendah aku pernah bertengkar manja dengan mak aku pasal aku cakap mak aku ni dengan adik adik aku dia tak se strict  masa dia dengan aku
tapi jawapan klise mak mak

"Mana ada ,mama sayang sama rata ajerk anak anak mama"

Eleh mak mertua aku pun cakap benda saya..Klise sungguh..

masa umur aku 12 thn mak aku pernah tak ckp ngan aku selama 2 minggu sebab entah aku tak ingat kenapa.
tapi seingat aku mak aku tak pernah tak berckp dengan adik adik aku walaupun apa jua kesalahan yang diaorg pernah buat.

Masa time raya,aku siap siap amik cuti nak tolong mak aku masak.
kalau tak cuti mak aku tarik muka
Tapi adik aku rileks..
pagi raya baru tunjuk muka gumbira sebab makan sudah ada..
mak aku pun gembira sebab hari raya dan adik aku cuti

Dulu time aku umor 20 thn camgitu
jgn harap aku boleh balik lepas azan maghrib
Kalau nak tengok muka mak aku masam macam cuka apple
ha sila buat..dia pernah tak ckp ngan aku pasal aku balik lambat sikit.

Adik adik aku..sila kan..
pernah kul 10 ke 11 malam tak balik pun mak aku ok jerk
siap talipon mesra tanyer kat mana kul bper nak balik
aku???
silap la nak wat cam tuh

ok kalau nak cerita banyak la lagik kan
lenguh tangan aku
bosan plak kowang nanti

tapi ader satu benda lately lepas jadik ibu ni aku rasa mak aku sayang gak kat aku ni
dia ambil berat jugak kat aku ni
Dia tolong modal kan projek pertama aku
aku ingat time tuh aku dapat kontrak
modal dlm RM 8500..
mak aku sanggup balik umah cari buku bank dia yang dia sendiri dah lebih sepuluh tahun tak tengok
pastu siap pergi beratur panjang kat Maybank nak keluar kan duit bagi aku pinjam..
ok ada nada terharu kat situ

pastu baru baru nih pun aku dapat projek lagik..
nak pinjam RM 13K
time tuh plak bapak aku sakit kat spital
tapi hari yg aku nak pakai duit tuh
dia sanggup bangun awal awal siap kan semua
pastu pergi beratur sekali lagi kat Maybank nak bagi aku duit..

So aku dapat lah simpul kan
mak mak nih dia sayang anak anak dia
tapi cara dia tunjuk kan kasih sayang tuh mungkin berlainan
dengan aku mungkin dia garang skit mooody banyak
tapi bila nak gi mana mana
nak beli apa apa dia ajak aku
anak aku pun dia jaga sambil jaga kedai kalau aku ada meeting
anak aku memang spoil abis lah ngan nenek dia nih..

ok aku dapat projek yang ke-3
doa doa dia boleh tolong lagik..
hahhahahahha..kali ni jumlah lagik banyak ...

dah aku nak pi masuk kan usul nih

Rabu, 25 Disember 2013

Menantu-Lebih kuah dari sudu

Memang mak mertua aku ni ader perangai sikit
tapi kalau aku tengok dari sudut yang berbeza dia tetap seorang ibu mertua yang baik
time dia masyuk ,tak ader lah lupa anak menantu
aku sampai ke Jepun,Indonesia berkali kali pun atas ihsan dia
cuma yer lah..
ngan mak sendiri pun kadang aku tak puas hati
ini pulak mak orang kan

Tapi atas sebab apa pun
berkali kali aku pesan pada Dia

'Awak anak lelaki,apa pun yang terjadi dia tetap mak awak dan awak kena jaga hati dia,kalau saya merungut tuh awak telan jer la nyerk,kejap jerk"

dan yer..walau apa mak dia cakap aku tetap suruh dia balik jumpa mak dia
sebab aku tak nak Allah bayar cash kat dunia ni kalau dia sakit kan hati mak dia
aku dah pernah susah
pernah sampai tak negative duit di tangan
pernah terpikir nak beli pampers dulu ker nak beli susu dulu
Tuhan pernah uji
dari duit berlambak
sampai kami cuma tinggal RM 50 dalam tangan

ok aku bukan nak ckp pasal anak
tapi aku nak cakap pasal kita jadik menantu

kita walau dah kahwin 10,20,30 tahun pun
ingat satu
kau tetap org luar yang kahwin dengan anak/abg/adik diorang
yup kau dah masuk family dia
tapi u are not the real family
darah tetap lain lain
pintu keluar tetap lain lain
tetap sampai bila bila kau ader batas
aku tak ckp pasal batas aurat..tu semua tahu tak tahu ko bukak youtube search UAI cakap aper

tapi batas dalam menyuarakan sesuatu
batas dalam masuk campur hal hal kekeluargaan mereka
ko tak puas hati
kau cakap kat laki/bini kau
diaorg bincang adik beradik ko jgn plak dok tentukan apa yang perlu diaorg buat
jangan sebuk nak jadik mastermind
Jangan jadik macam Lebih kuah dari sudu.
sebab akan ada rasa tak puas hati kalau ader org luar yang melebih lebih dalam urusan family mereka

Jaga tingkah laku
jaga pergaulan kita
kalau panjang jodoh lama nak jumpa diaorg semua
ko seronok ker kalau laki kau serbasalah nak pilih bini ker pilih family
bukan ker tugas utama isteri menyenangkan hati suami suami
dan kau nak ker Tuhan tuh turun kan bala pasal ko pun sama sama racun suami kau supaya membelakang kan family dia

Yer kita manusia
mana kita boleh kawal kita kawal
kalau ader yang tak puas hati ngan mak mertua
Mintak lah pada Allah pemilik hati hati manusia
supaya dia lembutkan hati hati mereka....

Nah saper yang mak mertua tuh mcm kerek sikit
sebelum jumpa kau baca ni

YA Aziz,Ya Jabbar,YA Mutakabbir

Salam Tazkirah sempena Krismas nih..



Jumaat, 20 Disember 2013

It takes 2 to tango

Araz cranky jerk....."ha nak adik tuh"Araz main sowang sowang .."ha cian sorang-sorang ..nak adik tuh"Harraz jumping frog.."Ha nak kawan tu..kena bagi adik tu"Harraz menangis.."Ha manja..kena ader adik tuh.."Ha....kowang ni BODOH KER apa????


ha tuh status aku 5 hari lepas..

first time aku membodoh kat FB..

iskkk....

siap ader sorang brader face to face ckp kat aku
"araz nak adik lagik"
ko cuba tak??cuba tu Sedap..sambil buat muka sangap..Shial laaa

depan mak aku pla dia cakap tuh

apa patut aku respond

aku nak carut lagik nih

pstttt..................

Rabu, 18 Disember 2013

Macam Budak budak


ha benda ni aku copy kat facebook
rajin betul saper yang buat ni *tumb up*

bila baca baca aku nampak macam buak-budak pak menteri nh semua
macam aku berlawan cakap dengan anak aku
"araz tak mo kawan ibu"
"tak nak kawan sudah pi main jauh jauh."
ha nampak tak nampak tak...
tak yah la belajar tinggi tinggi...


Sabtu, 14 Disember 2013

shut up and listen..that all i need right now



sometimes i just want people to shut up and listen...not lecture me on what i should do or don't when i facing difficult time

Selasa, 10 Disember 2013

Time aku jatuh


yer,benda memula memang susah pasal ko tak ader pengalaman
kadang ada pengalaman pun ko akan jumpa jalan berliku
time aku susah
time aku jatuh
baru aku realize semua nih benar

Isnin, 9 Disember 2013

Bila cerai..dari mata kecil si anak

 Aku tak against divorce..
Dah tak ada jodoh apa nak buat kan
Cuma smlm bila bekas biras aku call
Bising bising pasal anak dia kat ex hubby dia
Aku cuma terpikir

yang si Mak nak masa bersama anak dia
Yang si Bapak pun nak masa bersama anak dia
Tak masuk lagi..atuk nenek sepupu sepapat semua
Tapi kesian si anak
Macamana bila dia nak masa bersama sama
Sama sama satu family
Sama sama dengan Mak dan Bapak?
Sama sama main bola ker,pi berkelah ker,beguau atas katil family time ker

Sedihkan
Pasal macam tak mungkin
Dia dapat masa bersama sama kedua ibu bapa dia..
Mak bapak yang bercerai boleh move on
Tapi anak..nak lagi anak yang kecil tak leh luah perasaan?

Entah..tetiba terpikir

Ahad, 8 Disember 2013

Jangan Pernah berubah


Banyak hubungan yang berantakan di sekeliling aku kadang kadang buat aku termenung
biar di alam nyata mahupun di blogafera nih
Aku diam
pandang Dia
teringat lagu lama
masa bercinta dulu
masa aku benar benar tak mahu kehilangan Dia
Tapi kita manusia
Yang MEngetahui hanya Allah Maha pencipta

dah jom layan lagu nih
Jangan pernah berubah from Marcell

Jumaat, 6 Disember 2013

Whatapps..terhiris luka lama

Don't say u miss me too
Unless u really do..

Ciss whatsapp ni
Buat luka lama berdarah kembali...

Sometimes
I hate memories...

Wajah Damai

Hari tuh time balik kampung
ada satu pagi time hujan renyai renyai
aku sebuk nak ikut Dia nak pi merokok
bawak anak aku,
belanja ice cream satu

so kitaorg lepak kat tasik depan Istana Seri Menanti tuh
Damai sangat
Tenang sangat
Segar sangat

Abis anak aku makam ice cream
usai si Dia isap rokok
kitaorg balik

time lalu depan umah
nampak bapak mertua aku tengah rilek depan umah
tersenyum nampak kitaorg lintas dalam keter
serasi dengan suasana amai damai hijau dalam keheningan hujan rintik  pagi tuh

time Dia nak pusing kereta masuk umah
aku tengok muka Dia
aku cakap

"Awak dan ayah awak ni adalah jenis manusia yang mendamai kan jiwa kan"
Dia senyum
aku terus pandang ke depan...

p/s: korang percaya tak ada orang belum nampak dengar nama ajerk kita dah rasa kerimasan nya.Kalau dia ada jerk sesak nafas kita jadik nya..Dalam hidup aku ADA.

Khamis, 5 Disember 2013

Dengan Nilai


Jika
Wang ini sah diperlakukan dengan nilai
Manusia juga harus di perlaku dengan nilai
Letak manusia di tempat sewajarnya
Hargai yang sepatutnya..

Rabu, 4 Disember 2013

Dia kata pasal kita ada Jiwa


3 hari 3 malam aku duduk kampung umah mak mertua aku
sejuk,aman damai..
masak sama sama ..
makan sama sama..
minum petang sama sama
pi makan durian sama sama
tidur pun berlentang lentang bersama sama

aku pun pelik
hilang marah aku
sakit hati aku
sakit jiwa aku
lihat mak pak mertua aku

yang ada kedamaian
yang ada kasih sayang
yang ada sepasang orang tua yang tua
yang hidup sunyi
tapi masih senyum
masih ketawa dengan kami
masih masak dan beli kan sarapan untuk kami
yang tak buat muka pun
bila menantu mithali terbangun pukul 10..
sebab anak yang Handsome tidur pukul 3 pagi layan kartun

aku cakap pada Dia
kenapa yer walau kita tahu apa yang mak buat
kita tetap layan mak baik
macam lupa plak

aku jadik tak kisah plak dia nak mengata aku
bagi aku mybe itu cara dia lepas kan kekecewaan dia
kot

Macam ayah aku pun
walau memacam benda dah jadik
aku tetap layan dia baik
bila lihat wajah tua
rasa sedih
hilang marah aku
Adik aku cakap aku lembik

Dia kata pada aku
Mungkin pasal kita ni
Ada Jiwa...